Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Para ibu yang kembali bekerja selepas cuti bersalin mempunyai pertimbangan sangat besar memenuhi pemikiran mereka, mengehadkan pergerakan dan memastikan mereka menjalani diet yang ketat, namun begitu pertimbangan ini juga merupakan bebanan yang sangat rendah bagi pihak majikan dan pengurusan – hak laktasi di tempat kerja.
Hanya pada tahun ini, dalam ucapan belanjawannya Perdana Menteri Malaysia mencadangkan bahawa, ianya akan menjadi mandatori di masa hadapan untuk semua unit pejabat merencanakan ruang penjagaan bayi (nurseri), tetapi ianya masih langkah yang jauh daripada mewujudkan persekitaran yang inklusif, selamat dan kondusif untuk para ibu yang menyusukan anak mereka.
Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak (CRC), yang disahkan oleh Malaysia pada tahun 1995, menegakkan “hak kanak-kanak untuk menikmati taraf kesihatan dan akses ketara untuk kemudahan rawatan penyakit dan pemulihan kesihatan” – Namun begitu para ibu di Malaysia akan berhenti menyusu sejurus selepas mereka kembali bekerja, hanya segelintir kecil golongan ibu yang datang dari keluarga yang stabil dengan hanya dengan satu pendapatan akan memutuskan untuk berhenti bekerja.
Menurut Strategi Global Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Rangka Kerja Pemberian Makanan Bayi dan Kanak-kanak yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan UNICEF pada tahun 2003, adalah baik untuk memastikan bayi menyusu secara eksklusif untuk enam bulan pertama kehidupannya bagi mencapai pertumbuhan yang optimum, pembangunan dan kesihatan dan kemudiannya diikuti oleh penyusuan susu ibu dan makanan tambahan sehingga berumur dua tahun atau lebih.
Walau bagaimanapun, ini merupakan satu perkara yang tidak mudah bagi para ibu di Malaysia yang menyusukan bayi seperti yang dikemukakan melalui kajian tahun 2011 yang telah dilakukan ke atas golongan ibu yang bekerja di negara ini.
Kajian yang diterbitkan di dalam Journal Penyusuan Antarabangsa merungkai punca utama para ibu berputus asa untuk meneruskan penyusuan bayi mereka adalah kerana “bekerja di sektor swasta” yang mana dikaitkan dengan kecenderungan yang lebih tinggi dalam menghentikan penyusuan bagi.
Pada tahun yang sama, Pekeliling Istimewa yang telah diperkenalkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) iaitu Amalan Perniagaan Terbaik dengan kerjasama UNICEF amat menggalakkan. Ianya memperincikan garis panduan bagi Program Penyusuan Ibu di tempat kerja.
Juga, satu garis panduan yang teliti disenaraikan bagi majikan melaksanakan program sedemikian dengan membuat satu senarai cadangan terperinci yang terdiri daripada pengaturan kerja, akses ke bilik menyusu dan apa yang perlu ada dalam bilik itu, tahap keselamatan, bekalan tambahan dan juga siapa yang akan mentadbir bilik penyusuan tersebut
Menurut sinarharian.com (Jan 2012) hanya 34.2 peratus daripada bayi Malaysia disusukan secara eksklusif, untuk tempoh minima enam bulan seperti yang di cadangan oleh peringkat antarabangsa.
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now