Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
PETALING JAYA: Sebuah kesatuan membela kebajikan pekerja bank mempertikaikan sikap pilih kasih Menteri Sumber Manusia M Saravanan yang dilihat hanya bersuara berhubung isu tertentu yang mempunyai kepentingan politik.
Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) berkata, walaupun kesatuan itu sudah membangkitkan sejumlah besar isu penting membabitkan kebajikan pekerja, Saravanan memilih untuk berdiam diri, sekali gus memaparkan sikap angkuhnya.
“Tetapi apabila melibatkan isu cuti Thaipusam di Kedah, beliau segera menyerang Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor kerana tidak mewartakan perayaan itu sebagai cuti peristiwa.
“Saravanan juga menuduh Sanusi sombong kerana tidak berunding dengan MIC sebelum membuat keputusan ini,” kata Setiausaha Agung NUBE, J Solomon dalam kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, sewaktu mengulas tindakan menteri besar Kedah membatalkan cuti umum perayaan Thaipusam, Saravanan berkata, keputusan Sanusi itu menyerlahkan sikap angkuh dan jahil beliau terhadap penganut Hindu.
Saravanan juga dilaporkan berkata, beliau kesal kerana Sanusi tidak mengadakan sebarang rundingan dengan pemimpin pusat MIC yang mewakili kaum India dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Solomon bagaimanapun berkata, walaupun Saravanan berhak memperjuangkan isu itu sebagai timbalan presiden MIC, alasannya dengan mengatakan parti itu akan terjejas dalam pilihan raya menunjukkan beliau hanya berminat dalam soal politik.
“Bahkan, ia turut mengaitkan segala tindak tanduk beliau kepada kepentingan politik.
“Atas sikap inilah Saravanan meminggirkan pekerja, termasuk pekerja bank dalam pelbagai isu yang melibatkan mata pencarian mereka,” katanya.
Solomon berkata, kesatuan itu sendiri sudah membuat rayuan kepada Saravanan sejak 12 Nov lalu supaya menghentikan penyumberan luar pekerjaan dan aktiviti antikesatuan HSBC yang menafikan pekerja berpendapatan rendah, tetapi tidak diendahkan.
“Beliau enggan menggunakan kuasa menteri di bawah Akta Pekerjaan untuk menghentikan penyalahgunaan kuasa oleh pengurusan bank yang mencabul hak pekerja.
“Banyak peringatan dihantar kepadanya, tetapi tidak menerima sebarang respons daripada beliau.
“Saravanan harus sedar bahawa beliau juga mengabaikan NUBE dan pelbagai kesatuan sekerja lain yang memohon bantuan untuk menangani penyelewengan majikan,” katanya.
Tambah Solomon, sokongan kepada kerajaan akan terhakis apabila menteri tidak menjalankan tugas diamanahkan.
Katanya, Saravanan tidak harus bingkas membidas menteri besar Kedah dan lupa kepada perumpamaan “mengata dulang paku serpih, mengara orang dia yang lebih”.
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now