Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Georgetown, Pulau Pinang 17hb Februari 2017- Sambutan perayaan Tahun Baru Cina 2017 telah diadakan dengan penuh gemilang dan riangnya di NUBE House cawangan NUBE Wilayah Utara pada hari ini. Seramai lebih daripada 150 Ahli Jawatankuasa Penyelaras bersama-sama kepimpinan NUBE cawangan Wilayah Utara dan Ahli Jawatankuasa serta Ahli Jawatankuasa kerja yang terdiri daripada Sayap-sayap wanita telah merayakan sambutan perayaan ini.
Majlis sambutan perayaan ini telah diserikan lagi dengan kehadiran tetamu-tetamu kehormat iaitu Timbalan Menteri 2 Pulau Pinang Yang Berhormat Professor Dr P Ramasamy yang di sambut dengan upacara bunga api di iringi oleh Setiausaha Agung Malaysian TUC Saudara J Solomon yang juga merupakan Setiausaha Agung NUBE Malaysia bersama-sama Wakil dari kepimpinan Kesatuan gabungan Malaysian TUC yang lain.
Upacara majlis telah dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan daripada Pengerusi NUBE cawangan Wilayah Utara merangkap Timbalan Presiden NUBE Malaysia Saudara Abdul Jamil Jalaludeen yang juga merupakan Naib Pengerusi Malaysian TUC Bahagian Pulau Pinang.
Sejurus selepas ucapan kata-kata aluan daripada Saudara Jamil, Dif-dif kehormat bersama-sama ahli-ahli NUBE serta wakil-wakil Kesatuan Gabungan Malaysia TUC telah mendengar ucaptama daripada Setiausaha Agung Malaysian TUC. Kemudian itu, di dalam ucapan perasmian oleh tetamu kehormat Yang Berhormat Professor Dr P Ramasamy, beliau amat gembira dan kagum dengan majlis sambutan perayaan anjuran NUBE Wilayah Utara ini kerana amalan solidariti seperti inilah yang akan mengekalkan keukhwahan di antara satu sama lain.
Sambutan majlis ini bertambah seri lagi dengan persembahan istimewa daripada Kumpulan koir yang terdiri daripada Sayap-Sayap Wanita NUBE Wilayah Utara dengan mendendangkan lagu “Gongxi Gongxi” dan beberapa lagi persembahan nyanyi daripada Ahli Jawatankuasa Kerja yang lain.
Majlis sambutan perayaan Tahun Baru Cina kali ini telah disambut dengan amat meriah sekali kerana seluruh perkarangan NUBE House NUBE ini telah dihujani dengan warna merah hasil daripada usaha daripada kesemua Kepimpinan NUBE Wilayah Utara bersama Jawatankuasa penganjur yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa dan Sayap-Sayap Wanita NUBE Wilayah Utara
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now