Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
NUBE KECEWA DENGAN KEENGGANAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MEMBERI KEBENARAN PERJALANAN UNTUK MEMBANTU AHLI-AHLI KESATUAN YANG TERJEJAS KETIKA PKP 3.0
1. Sebagai sebuah entiti penuh bertanggungjawab yang mewakili para pekerja, Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Kebangsaan (NUBE) senantiasa menyokong usaha yang diambil oleh pihak Kerajaan dalam memerangi pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak lebih setahun lalu.
2. Pada masa yang sama NUBE, sebagai kesatuan dari sektor perlu yang prihatin, perlu terus menyediakan perkhidmatan dengan efektif kepada ahli-ahli kami yang merupakan sebahagian daripada pekerja barisan hadapan atau 'frontliners', terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sekarang.
3. Meskipun kami telah menulis kepada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Kementerian Sumber Manusia berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh Kerajaan, tetapi tidak mendapat kelulusan yang sewajarnya.
4. Selepas siri komunikasi e-mel, Kementerian Sumber Manusia meminta NUBE menyediakan justifikasi bagi permohonan kebenaran perjalanan dan selepas kami memberikan justifikasi, mereka hanya memberikan respons pada 8 Jun 2021, iaitu semalam. Dalam respons itu, Jabatan tersebut memaklumkan bahawa pihaknya tidak akan mengeluarkan apa-apa surat kebenaran perjalanan, sebaliknya meminta NUBE mendapatkan "surat kebenaran secara one off bagi tempoh yang terhad sahaja daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM)” bagi tujuan pembayaran gaji.
5. Kesatuan sekerja termasuk NUBE tidak dikawal selia oleh PDRM, tetapi terletak di bawah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja dan Kementerian Sumber Manusia. Di peringkat awal PKP 3.0, apabila kami ada merujuk PDRM, dan mereka menasihatkan kami supaya memperoleh kebenaran perjalanan daripada Kementerian Sumber Manusia memandangkan kami tertakluk kepada Kementerian tersebut.
6. Tetapi Kementerian Sumber Manusia meminta kami menutup pejabat, sementara mereka pada masa yang sama bersekongkol dengan HSBC Bank Malaysia (HSBC) dengan memberi kelulusan untuk pelaksanaan VSS dan MSS.
7. Selain kecewa dengan SOP yang agak tidak konsisten dalam mengeluarkan surat kebenaran perjalanan, NUBE juga terkilan dan kecewa dengan sikap Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja dan Kementerian Sumber Manusia yang tidak prihatin sama sekali dengan kebajikan ahli-ahli kesatuan dari golongan B40 dan M40.
8. Sekali lagi ingin ditegaskan bahawa NUBE perlu menyediakan perkhidmatan efektif kepada ahli-ahli kami yang bertugas ketika perkhidmatan perbankan merupakan antara sektor perlu di bawah tempoh PKP 3.0 sekarang. Skop tugas NUBE bukan hanya dalam menyediakan gaji kepada pekerja-pekerja NUBE, tetapi lebih daripada itu. NUBE percaya pihak Jabatan dan Kementerian tidak memahami aspek ini.
9. Selain itu, terdapat juga isu-isu yang perlu diambil tindakan dengan kadar yang segera melibatkan kepentingan ahli-ahli NUBE. Ini termasukah isu pelaksanaan VSS dan MSS oleh HSBC, yang melibatkan 600 pekerja kumpulan B40 dan M40 sekarang. HSBC telah mengumumkan pelaksanaan VSS dan MSS pada hari ketiga PKP 3.0 dilaksanakan, iaitu pada 3 Jun 2021. Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan kenal pasti mengenai perkara itu dan namun mengiktirafkan tindakan terkutuk ini dan membenarkan pekerja-pekerja dianiayai.
10. Pengurusan HSBC sendiri telah memaklumkan kepada NUBE bahawa Kementerian Sumber Manusia tidak ada sebarang halangan untuk pemberhentian kerja melalui VSS dan MSS dan, pelaksanaan itu diumumkan ketika rakyat termasuk ahli-ahli NUBE berhadapan dengan PKP 3.0.
11. Cuma NUBE terkilan, apakah Pegawai dan Kakitangan NUBE tidak boleh diberikan kebenaran perjalanan ketika PKP 3.0 sekarang bagi menjaga kebajikan dan kepentingan ahli-ahli NUBE dan membela pekerja-pekerja dari 24 buah Bank dalam krisis ini dan terutamanya yang diberikan surat pemberhentian pekerjaan.
12. NUBE tidak meminta sesuatu yang keterlaluan. Sebaliknya, hanya kebenaran perjalanan ke Ibu Pejabat NUBE di Kuala Lumpur yang terhadap kepada 60% pekerja bagi menjaga ahli-ahli kami dari kumpulan B40 dan M40 daripada terjejas teruk disebabkan pandemik dan juga pelaksanaan VSS dan MSS oleh HSBC.
13. Untuk rekod, banyak negara yang terikat dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) membenarkan kesatuan mereka untuk terus berfungsi semasa 'lockdown' yang dikuatkuasakan. Langkah ini boleh membantu mengurangkan beban Kerajaan dalam menangani impak COVID-19.
14. Oleh itu, NUBE ingin menekankan bahawa tindakan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja enggan memberi kebenaran perjalanan ini bertentangan dengan Konvensyen ILO, yang mana Malaysia merupakan salah satu negara yang mengiktiraf peruntukan tersebut.
15. NUBE nampak kita tidak ada Kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat miskin dan lemah, tetapi cuma Kerajaan untuk menjaga kepentingan syarikat korporat dan pembuli yang menganiaya pekerja dan rakyat miskin sebagaimana disaksikan pada hari ini. Kementerian Sumber Manusia sedang musnahkan periuk nasi pekerja dan berusaha untuk melumpuhkan kesatuan sekerja seperti dilakukan oleh majikan yang tidak bertanggungjawab.
16. Sekiranya Kerajaan ini terus berfungsi dengan cara ini, maka kami terpaksa memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong untuk menyelamatkan Malaysia.
17. Sehubungan dengan itu, NUBE berharap Kementerian Sumber Manusia akan mengkaji semula pendiriannya dan akan memberikan kebenaran perjalanan untuk kami mengambil langkah-langkah seterusnya, sekali gus memberikan perkhidmatan terbaik kepada ahli-ahli kami dan kepada rakyat secara amnya.
18. NUBE juga ingin mengulangi komitmen bahawa sebagai kesatuan sekerja yang bertanggungjawab, segala SOP yang berkaitan dengan PKP 3.0 akan terus dipatuhi demi memerangi pandemik CoVID-19 dengan padu.
J SOLOMON
SETIAUSAHA AGUNG
9 JUN 2021
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now