Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Peluang menjadi tuan rumah kepada 50 wanita dan 10 lelaki hari ini sempena Hari Wanita Antarabangsa di NUBE telah digunakan untuk menganjur Seminar: MEMPERKASAKAN WANITA; MEMPERKASAKAN NEGARA
Tujuan seminar ini adalah untuk mewujudkan kesedaran di kalangan peserta bahawa Hari Wanita Antarabangsa bukan hanya bertujuan untuk meraikan wanita sebaliknya, adalah untuk memperingati perjuangan serta pengorbanan wanita beberapa abad yang lalu semata-mata untuk memberi buruh, wanita khususnya penghormatan dan martabat yang mereka berhak perolehi. Seminar ini adalah gabungan forum di sebelah pagi dan sesi sumbangsaran untuk merangka pelan tindakan bagi wanita dalam industri perbankan di sebelah petang.
Sumber para ahli berilmu pengetahuan;
Pn Nurul Hasanah, Timbalan Setiausaha Suhakam Bahagian Dasar, Undang-undang dan Aduan menyentuh mengenai pelbagai instrumen tempatan dan antarabangsa yang telah wujud mengenai hak-hak wanita, walaubagaimanapun, kebanyakan daripadanya masih jauh dari jangkauan wanita meskipun kewujudannya bertahun-tahun yang lalu.
Pn Aegile Fernandez, Pengarah Tenaganita, menyentuh mengenai asas semua agama; pengajarannya iaitu keprihatinan terhadap orang lain yang juga merupakan asas pembentukan sesuatu kesatuan sekerja. Beliau menggesa wanita untuk membuat keputusan dan rancangan mereka sendiri untuk menjadi aktif dalam kesatuan yang akan menjadi asas bagi wanita menjadi lebih berpengetahuan, berdikari serta memimpin wanita lain.
Pn Revathi Ramachandran, Penyelaras “Maternity” / Perlindungan Ibu Bapa & Jantina untuk “World Alliance for Breastfeeding Action” (WABA) menyentuh mengenai hak asasi manusia dan hak hak kanak-kanak yang saling berkaitan dan saling bergantung, iaitu berkaitan dengan hak untuk makanan yang mencukupi dan taraf kesihatan yang tertinggi serta 12 lagi komponen di dalam aspek ini.
Akhir sekali, Penolong Ketua Setiausaha NUBE kita sendiri, Sdri A Karuna menekankan bahawa Hari Wanita Antarabangsa bukan suatu hari untuk meraikan warga wanita semata-mata tetapi ianya adalah suatu hari untuk hak-hak wanita dan beliau menyentuh mengenai keperluan untuk wanita bersatu-padu dalam mencapai keputusan kolektif mengenai isu-isu wanita. Beliau turut menonjolkan banyak bentuk keganasan dan diskriminasi terhadap wanita serta isu-isu kesihatan wanita yang perlu diberi perhatian secara kolektif, di peringkat makro di dalam industri perbankan dan negara.
Wanita dan lelaki dalam seminar telah melaungkan tiga isu dengan kuat dan jelas; keselamatan dan kesihatan wanita tidak diberi penekanan yang mencukupi dalam industri perbankan, beban kerja ke atas ibu-ibu yang sarat mengandung dan hak-hak menyusukan anak – kemudahan serta waktu perlepasan.
Sdr J Solomon, Setiausaha Agung NUBE merangkap Setiausaha Agung TUC Malaysia yang merasmikan Seminar hari ini, menggesa wanita untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam kesatuan dan beliau memberi mereka jaminan sokongan kesatuan serta sumber-sumber yang diperlukan untuk menggalakkan hak-hak wanita dan menanggani isu-isu yang merisaukan mereka di tempat kerja.
Sdr Razik Shah, bekas Pengerusi Sri Lanka Merchant Bank dan Presiden Ceylon Bank Employees Union telah mengelolakan sesi sumbangsaran untuk merangka pelan tindakan.
Seminar ini merupakan satu kejayaan besar dan para peserta, kedua-dua wanita dan lelaki kini mengalu-alukan aktiviti-aktiviti yang telah mereka rancang secara kolektif.
NUBE mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Nurul Hasanah, Pn Aegile Fernandez, Pn Revathy Ramachandran serta Sdr Razik Shah untuk maklumat-maklumat mereka yang berguna.
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now