Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
KUALA LUMPUR: RHB Banking Group kini menyelesaikan proses penstrukturan semula korporatnya apabila RHB Bank Bhd mengambil alih status penyenaraian RHB Capital Bhd di Pasaran Utama Bursa Malaysia, hari ini.
Semasa pembukaan, sahamnya dibuka pada RM4.64, diskaun sebanyak lima sen berbanding harga rujukan RM4.69, dengan 4,100 saham bertukar tangan.
Kali terakhir RHB Cap diniagakan pada 30 Mei 2016 pada RM6.10 sesaham dengan permodalan pasaran sebanyak RM18.76 bilion sebelum digantung pada hari berikutnya.
Bagaimanapun, Pengarah Urusan RHB Banking Group, Datuk Khairussaleh Ramli, berkata beliau gembira dengan harga pembukaan itu memandangkan keadaan ekonomi global yang tidak menentu sekarang ini.
“Berbanding dengan pasaran tertentu lain yang telah turun sebanyak tujuh peratus, (kami) tidaklah terlalu teruk memandangkan sentimen (lemah) di peringkat global,” katanya pada sidang media selepas majlis penyenaraian di sini.
Khairussaleh berkata, proses berkenaan mengukuhkan kedudukan modal kumpulan, menambah kepada kelebihan daya saingnya dalam pertumbuhan keuntungan kumpulan serta meningkatkan pulangan ke atas ekuiti pada masa hadapan.
Beliau berkata, usaha-usaha penyusunan semula telah menghasilkan penjimatan yang banyak.
“Dengan penjimatan faedah dan penjimatan lain, kami berpotensi dapat menjimatkan kira-kira RM160 juta setahun.
“Kami juga melakukan satu skim peralihan kerjaya besar-besaran tahun lalu diunjurkan membabitkan sehingga RM180 juta setahun,” katanya.
Pada suku pertama 2016, beliau berkata, kos berbanding pendapatan kumpulan turun kepada 48.5 peratus daripada 56 peratus yang dicatatkan pada suku terakhir tahun lepas, yang diterjemahkan ke dalam asas perniagaan yang memberangsangkan.
Mengenai masa hadapan, Khairussaleh berkata, kumpulan berada dalam kedudukan yang baik untuk bertahan terhadap sebarang risiko kerana industri itu dijangka terus mencabar kerana keadaan ekonomi global.
Beliau berkata kumpulan akan memberi tumpuan kepada usaha mendapatkan kualiti aset dan menguruskan portfolio asetnya dengan sebaik mungkin dan bukannya mengambil langkah pertumbuhan agresif.
“Kami akan melihat ke arah kecekapan, produktiviti serta menjadikan pelaburan tertentu dalam bidang yang kami percaya boleh membawa pertumbuhan jangka panjang pada masa depan,” katanya. – BERNAMA/BH
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now