Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
KUBANG PASU: Kementerian Sumber Manusia menerima 1,769 aduan membabitkan majikan tidak membenarkan pekerja untuk bekerja dari rumah (BDR) dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Timbalan Menterinya, Datuk Awang Hashim, berkata aduan itu sebahagian daripada 3,737 aduan berkaitan pelbagai isu buruh menerusi aplikasi 'Working for Workers' dilancarkan kerajaan awal Mei lalu.
"Aduan paling tinggi yang diterima menerusi aplikasi itu ialah majikan memaksa pekerja untuk datang bekerja di pejabat, walaupun tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
"Kadang-kadang, bukan setakat 80 hingga 90 peratus, malah masih ada hingga 100 peratus pekerja bekerja di pejabat atau kilang. Perkara ini tidak seharusnya berlaku dalam keadaan kita berusaha bersungguh-sungguh mengekang penularan COVID-19," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengetuai Operasi Pematuhan Akta 446 kilang di Jitra, di sini, hari ini.
Dalam operasi itu, sebanyak lima kompaun dikeluarkan membabitkan tiga kompaun Kementerian Kesihatan (KKM) dan masing-masing satu kompaun polis serta Jabatan Tenaga Kerja.
Semua kompaun terbabit dikeluarkan atas kesalahan tidak mengimbas aplikasi MySejahtera dan satu kes tiada penjarakan sosial.
Sementara itu, Awang berkata, Kementerian Sumber Manusia melakukan pemeriksaan ke atas 19,981 majikan membabitkan 108,877 tempat penginapan seluruh negara.
Katanya, sehingga hari ini, sebanyak 757 kertas siasatan dibuka mengikut Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Pindaan) 2019 (Akta 446) yang membabitkan pelbagai jenis kesalahan.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 125 kertas siasatan diambil tindakan pendakwaan dan 55 kes pendakwaan sudah selesai dengan jumlah denda dibayar sebanyak RM361,000.
"305 kertas siasatan diberi izin kompaun membabitkan tawaran kompaun berjumlah RM3.2 juta terhadap majikan. Kesalahan paling tinggi ialah majikan tidak menyediakan kemudahan asas kepada pekerja," katanya.
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now