Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
KUALA LUMPUR: Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan kanan Maybank secara kolektif menyumbang lebih RM2.27 juta untuk membiayai kos logistik dan operasi vaksinasi COVID-19 untuk komuniti B40 termasuk Orang Asli, penduduk miskin bandar dan luar bandar serta gelandangan.
Program akan dijalankan melalui Operasi Peningkatan Kapasiti Imunisasi COVID-19 MERCY Malaysia dengan tujuan untuk membantu lebih banyak inidividu daripada segmen terbabit mendapatkan akses kepada vaksin secepat mungkin.
Pengerusi Maybank, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa, berkata idea pengumpulan dana itu bermula awal tahun ini dengan tujuan memastikan mereka yang paling terkesan mendapat akses kepada vaksin dan dapat mencapai imuniti kelompok secepat mungkin.
"Kami merasa ia sangat penting kerana menyedari bahawa ramai individu daripada segmen ini perlu mendapatkan vaksinasi dengan cepat memandangkan mereka adalah pencari nafkah, pekerja di barisan hadapan atau tinggal di kawasan yang tidak mempunyai akses segera kepada perkhidmatan kesihatan.
"Selain itu, kami menyedari terdapat ramai gelandangan dalam kalangan kita, terutama berdekatan pejabat utama kami di Kuala Lumpur yang mudah terdedah kepada jangkitan virus COVID-19 memandangkan persekitaran tempat tinggal mereka yang terbuka," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menambah, ketika usaha sedang dilakukan untuk memerangi penyebaran virus COVID-19 yang mengakibatkan jumlah kes dan kematian meningkat akhir-akhir ini, Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan kanan Maybank berpendapat bahawa amat penting bagi komuniti kurang bernasib baik untuk tidak ketinggalan.
"Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk membantu mereka yang paling memerlukan mendapat akses kepada langkah pencegahan COVID-19," katanya.
Program itu menyasarkan untuk memberi sekurang-kurangnya 225,000 vaksin untuk 112,500 orang hingga Disember ini bagi membantu mempercepat proses imunisasi negara dalam kalangan masyarakat paling terkesan dan mereka yang mempunyai akses terhad.
Vaksin akan diberikan secara percuma oleh kerajaan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Program itu akan dijalankan dengan memanfaatkan platform vaksinasi ProtectHealth Corporation semasa di bawah PICK di negeri-negeri terpilih di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Sementara itu Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank, Datuk Nora Manaf, berkata bahawa setiap orang mempunyai peranan untuk mengurangkan kes dengan ketara sambil belajar menjalani kehidupan secara selamat dengan mematuhi peraturan interaksi baharu.
"Sejajar ini, Kumpulan Maybank secara berterusan mendorong semua pekerja untuk menggembleng tenaga dalam menyokong usaha memerangi COVID-19 di mana sahaja mereka berada," katanya.
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now