Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
KUALA LUMPUR: Bank keempat terbesar di Asia Tenggara dari segi aset, Maybank mencatatkan keuntungan sebelum cukai tertinggi RM11 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019, meningkat daripada RM10.9 bilion tahun sebelumnya.
Keputusan cemerlang itu didorong oleh prestasi kukuh segmen perkhidmatan kewangan komuniti, perbankan Islam serta insurans dan takaful.
Ia turut disokong oleh prestasi suku keempat 2019 yang menyaksikan kumpulan mencatatkan keuntungan sebelum cukai tertinggi sebanyak RM3.26 bilion, meningkat 5.4 peratus daripada tahun sebelumnya.
Keputusan kewangan turut disokong oleh peningkatan pendapatan operasi bersih sebanyak 4.6 peratus kepada RM24.7 bilion.
Sementara itu, keuntungan bersih Maybank bagi tahun dikaji juga mencecah paras baharu tertinggi sebanyak RM8.2 bilion,
berbanding RM8.11 bilion pada 2018, disokong keuntungan bersih suku keempat yang meningkat 5.3 peratus kepada RM2.45 bilion berbanding tahun sebelumnya.
Susulan prestasi itu, Lembaga Pengarah Maybank mencadangkan dividen tunai tunggal peringkat akhir sebanyak 39 sen sesaham.
Bersama dengan dividen interim sebanyak 25 sen sesaham, dividen keseluruhan tahun adalah 64 sen sesaham.
Pengerusi Maybank, Datuk Mohaiyani Shamsudin, berkata meskipun persekitaran ekonomi yang mencabar pada 2019, prestasi mantap kumpulan mencerminkan kekuatan dan daya tahannya.
“Kami percaya keupayaan untuk mewujudkan nilai mampan adalah berdasarkan kewujudan asas kukuh Maybank yang dibina sejak memulakan operasi 60 tahun lalu.
“Walaupun berharap untuk tahun yang lebih baik di masa hadapan, ketidakpastian terus berlegar, yang dijangka akan memberi kesan kepada ekonomi global dalam jangka masa terdekat.
“Bagaimanapun, kami bergantung kepada keupayaan untuk membuat pembaharuan, memacu kecemerlangan perkhidmatan dan tetap teguh dengan misi menginsankan perkhidmatan kewangan bagi mengekalkan kedudukan untuk tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias, berkata kumpulan akan secara agresif mencari peluang pertumbuhan optimum dan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap pasaran pada masa ini terutama dengan kebimbangan berterusan susulan virus COVID-19 dan isu geopolitik lain.
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now