Keunggulan dan semangat solidariti telah dipancarkan melalui warna UNGU yang dipakai oleh ahli-ahli NUBE di Kejohanan Bowling NUBE Northern Region PKP 2022.
Bukit Mertajam, 25hb Jun 2022 - Kejohanan Bowling NUBE Northern Region PKP yang tertunda sejak tahun 2020 kerana pandemik Covid-19, telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini. Kejohanan yang di adakan di Ole - Ole SuperBowl Mydin Mall Bukit Mertajam turut dihadiri oleh seramai 100 ahli NUBE NR dari serata zon Penang ,Kedah dan Perlis.
Kejohanan Bowling ini dianjurkan oleh Kepimpinan Wanita NUBE NR PKP. Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Sdra Shukri A. Hamid dan disusuli dengan ucapan aluan oleh Ketua Sayap Wanita Sdri Harinder Kaur Othum Singh. Sejurus itu, ucapan perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden NUBE merangkap Pengerusi NUBE NR PKP, Sdr Abdul Jamil Haji Jalaludeen.
Dalam ucapannya Sdr Abdul Jamil menekankan 'Perpaduan adalah tunjang kepada keluarga besar NUBE ' di mana semangat Solidariti adalah wajib serta harus dipupuk dan dijaga oleh semua ahli-ahli NUBE. Sejurus selepas itu, Sdr Abdul Jamil telah dijemput untuk membuat lontaran pertama bola Bowling sebagai satu simbolik Kejohanan bermula.
Setiap peserta telah bermain sebanyak tiga pusingan dan mereka bermain dengan penuh semangat kesukanan dan solidariti.
Pengerusi Majlis Sdr Mohd Shukri A. Hamid telah memeriahkan suasana dengan celotehnya dan interaksi bersama para peserta yang hadir. Cabutan bertuah untuk semua ahli NUBE yang hadir juga telah diadakan dipenghujung acara.
Berikut adalah senarai nama pemenang dan hadiah yang telah disediakan buat para pemenang.
Pemenang Individu Pin-fall tertinggi Lelaki:-
* Tempat Pertama RM200.00 + Trofi : Sdra Soo Wai Kit dari PBB Jln Dato Keramat(465 Jatuhan Pin)
* Tempat Kedua RM150.0p + Trofi : Sdra Ezam Fared dari HLBB Sg Ara (419 Jatuhan Pin-3rd Game 159 Jatuhan Pin)
* Tempat Ketiga RM120.00 + Trofi : Sdra Muhammad Ikhmal dari BIMB Sg Petani ( 419 Jatuhan Pin- 3rd Game 143 Jatuhan Pin)
*Tempat Keempat RM100.00 + Trofi : Sdra Chew Hong San dari PBB Sg Petani (410 Jatuhan Pin)
Pemenang Individu Pin-fall tertinggi Perempuan :-
* Tempat Pertama RM200.00 + Trofi : Sdri Rozimi Md Noor dari UOB Butterworth (355 Jatuhan Pin)
* Tempat Kedua RM150.00 + Trofi : Sdri NorShahrila dari BIMB Sg Petani (338 Jatuhan Pin)
* Tempat Ketiga RM120.00 + Trofi : Noor Azreen dari PBB Kuala Ketil (333 Jatuhan Pin)
* Tempat Keempat RM100.00 + Trofi : Noor Afifah dari CIMB Raja Uda ( 319 Jatuhan Pin)
NUBE Northern Region PKP yang diwakili oleh Pengerusi Cawangan Sdr Abdul Jamil Haji Jalaludeen mengucapkan jutaan terima kasih kepada pimpinan sayap wanita NUBE NR PKP serta kesemua para peserta dan ahli NUBE NR PKP yang telah hadir menjayakan program kesukanan ini.
Beliau juga merakam setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Pulau Pinang dan para penyumbang diatas sumbangan penajaan yang telah diberikan bagi menjayakan kejohanan ini.











To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now