Minda kita adalah pemimpin kepada segala tindakan kita. Tindakan kita pula adalah hasil langsung dari pemikiran kita.
Sekiranya kita mempunyai pemikiran negatif, kita akan berhadapan dengan kehidupan yang negatif. Begitu juga, jika kita mempunyai pemikiran yang positif, kita akan mempunyai kehidupan positif. Pokoknya, kita mesti berfikir dengan betul, kerana pemikiran kita adalah kuat, lebih-lebih lagi diadunkan dengan hakikat bahawa ia mempunyai kemampuan yang kreatif.
Beberapa persoalan timbul akibat kebimbangan umum kita yang secara terus-menerus bermain dalam fikiran kita, sementara kes Covid-19 terbaharu di Malaysia terus meningkat, dan ramai rakyat yang meninggal dunia setiap hari, termasuklah, "Apakah kita akan selamat apabila melapor diri di tempat kerja?" dan "Adakah pekerjaan kita selamat?"
Sebagai pekerja bank, kita berada dalam perkhidmatan utama dan penting, di mana semasa wabak ini kita perlu melaksanakan peranan kita untuk melayani pelanggan bank dan orang awam, dengan cemerlang dan penuh berintegriti. Jika kita membandingkan dengan barisan hadapan yang lain yang ada hubung secara langsung dengan pesakit-pesakit Covid-19, mereka berhadapan dengan lebih banyak risiko berbanding kita.
Memperkukuhkan imuniti sewajarnya menjadi keutamaan kita dengan apa jua kos dan pematuhan ketat SOP sama ada anda telah divaksin atau memilih untuk tidak menerima vaksin kerana amalan itu akan menjadikan kita sihat dan selamat. Tanggungjawab kita juga memastikan anggota keluarga, jiran, pelanggan dan rakan sekerja kita melakukan perkara yang sama dan mematuhi semua SOP yang logik agar kita semua tidak menjadi mangsa jangkitan Covid-19.
Sebilangan ahli bimbang bank-bank tertentu akan berusaha untuk mengurangkan tenaga kerja melalui pelbagai bentuk manipulasi. Nasib baik, kebanyakan bank menghargai jasa dan pengorbanan tenaga kerja kecuali beberapa syarikat yang cuba mengelirukan dan mengeksploitasi wabak atas nama inovasi berniat jahat. Kita berharap bank-bank yang berkembang maju di sebalik kesengsaraan pekerja miskin akan menyedari bahawa tindakan mereka adalah tidak baik untuk negara, bank sendiri dan hati nurani mereka.
Tentunya, pandemik ini telah mengajar semua orang bahawa kehidupan dan kebahagiaan yang kita miliki ketika ini, ketika kita membaca artikel ini, lebih berharga daripada merasa senang dengan mengakibatkan kemudaratan dalam kehidupan para pekerja miskin.
Sebagai ahli NUBE, anda semua dilindungi, dan kepimpinan akan mengambil kesemua langkah yang perlu untuk menerapkan etika perniagaan majikan seumpama itu, keutamaan hidup tanpa tekanan, sihat, dan menghargai kehidupan kita ketika pandemik ini.
Ingat, jangan menghujani fikiran dengan ketakutan, kebimbangan dan kegelisahan. Sebaliknya himpunkan dengan kebahagiaan, kedamaian dan kebebasan, dan keadaan ini akan menjauhkan anda dari segala bentuk kemurungan dan kegelisahan. Kendalikan fikiran anda dengan pemikiran keyakinan, kebahagiaan, kedamaian dan kemenangan dalam setiap saat kehidupan seharian anda dan jangan biarkan apa jua keadaan memudaratkan hari-hari anda.
Ingatlah pada Prinsip Pertama Rukun Negara: "Percaya Kepada Tuhan", dan kepercayaan anda akan memberi anda kemenangan di medan pertarungan anda nanti.
"Setiap apa yang difikirkan oleh seseorang dalam fikirannya, ia adalah cerminan diri dia kelak."











To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now