Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan hari ini sekali lagi mendedahkan usaha berterusan Hong Leong Bank menindas pekerja golongan B40.
Pekerja yang menjadi sasaran Hong Leong adalah rata-rata yang bertugas sebagai penghantar surat (messengers) dan bukan perkeranian (non clericals).
Setiausaha Agung NUBE J.Solomon berkata pihaknya amat kesan dengan layanan Hong Leong Bank Kuala Lumpur terhadap pekerja berkenaan yang menabur jasa antara 14 hingga 28 tahun di bank itu.
Semalam Solomon mengadakan pertemuan dengan lima daripada pekerja berkenaan untuk mendengar rintihan mereka.
Solomon berkata NUBE telah menerima pelbagai laporan pengeksplotasian pekerja B40 oleh Hong Leong Bank dan bank-bank lain di seluruh negara.
Beliau berkata Hong Leong menggunakan Revolusi Perindustrian 4.0 untuk menggugut pekerja B40 menerima kerja perkeranian atas alasan kerja lama mereka sudah diautomasi.
Hong Leong Bank mahu memansuhkan jawatan messenger di Hong Leong adalah satu niat yang jahat kepada golongan B40.
Hakikatnya ialah pihak majikan bank bertindak ‘outsource’ atau mengguna khidmat syarikat luar untuk kerja kerja despatch. Kami juga mendapati tugas ini kini banyak dijalankan oleh warga asing atau pekerja tidak formal, kata Solomon.
Hong Leong juga mengugut untuk menghentikan kakitangan bukan perkeranian yang enggan menerima jawatan baru itu menerusi skim pemisahan sukarela VSS.
Kami terkejut mendapati Hong Leong, antara bank terbesar di Malaysia, mengaut untung besar dan membayar bonus lumayan kepada kakitangan kanannya tetapi menindas pekerja B40nya, kata Solomon.
NUBE mendapati Hong Leong Bank mengeluarkan surat tawaran kerja baru pada 21 Jun lalu kepada pekerja berkenaan dan pada hari berikutnya mereka diberikan surat VSS. Taktik ini jelas bertujuan untuk mengugut pekerja menerima tawaran itu, jika tidak beliau akan diberhentikan.
Meskipun NUBE sabar berunding dengan beberapa kali, bank ini terus cuba memanipulasi dan mengeksploitasi pekerja B40.
Hari ini kami mengutus surat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong untuk mendesak bank menghentikan perbuatan tidak beretika ini.
NUBE menggesa beliau untuk menarik balik segala surat berhubung isu ini supaya rundingan dengan NUBE boleh dilaksanakan dengan telus.
NUBE juga mengutus surat kepada Bank Negara memohon mesyuarat secepat mungkin demi menghentikan pelbagai penindasan dan exploitasi terhadap pekerja oleh bank multinasional seperti
HSBC, Standard Chartered Bank, OCBC dan Hong Leong Bank.
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now