Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
GENEVA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) melipat gandakan usaha mendesak Putrajaya meratifikasi piagam yang memberikan pekerja Malaysia hak untuk menyertai kesatuan sekerja.
Piagam 87 (C87) anjuran ILO masih belum menerima pengesahan kerajaan Malaysia meskipun berulang kali didesak oleh MTUC dan badan kesatuan pekerja antarabangsa.
Setiausaha Agungnya, J Solomon, berkata pihaknya mahukan C87 diguna pakai di Malaysia untuk kesemua 14 juta pekerja tempatan dan buruh asing.
Katanya, kesungguhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk meminda undang-undang buruh yang lapuk harus mengutamakan ratifikasi C87.
“Piagam itu merangkumi sejumlah peruntukan yang mewajibkan kerajaan untuk mengiktiraf hak pekerja dan majikan untuk menyertai mana-mana pertubuhan yang difikirkan sesuai tanpa keperluan mendapatkan kelulusan.
“Pengesahan C87 juga akan bermakna pihak kerajaan tidak boleh campurtangan dalam perjalanan pertubuhan berkenaan selagi ia mematuhi undang-undang.
“Pengesahan piagam ini akan membolehkan semua buruh asing untuk turut menyertai kesatuan sekerja dan menghalang mereka daripada dieksploitasi sebagaimana yang berlaku sekarang,” katanya ketika berucap di persidangan ILO sempena ulang tahunnya yang ke-100 di Geneva, hari ini.
Solomon berkata semangat di sebalik komitmen kerajaan kepada pembaharuan undang-undang buruh akan membebaskan golongan pekerja daripada pemerdagangan manusia dan diperalatkan.
“Ratifikasi C87 bermaksud pekerja asing akan mendapat kemudahan sama yang dinikmati oleh pekerja tempatan. Justeru, Malaysia perlu meratifikasi piagam ini secepat mungkin,” katanya.
Terdahulu, Solomon hadir majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) program Decent Work Country (DWCP) membabitkan Malaysia dan ILO.
MOU berkenaan dimeterai oleh Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran; Solomon; Naib Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), A Ramadas dan Penolong Pengarah Asia-Pasifik ILO, Tamoko Nishimoto.
DWCP adalah kerangka kerjasama utama ILO untuk membantu pekerja di pelbagai negara memperoleh kesaksamaan dalam pekerjaan dengan menyelaraskan program-programnya kepada dasar-dasar negara.
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now