Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
NUBE rayu YAB PM Dato Sri Najib Tun Razak beri cuti peristiwa 8 Julai sempena Aidilfitri bagi pekerja bank
MERUJUK kepada pengumuman Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) pada 30 Jun 2016, semalam, bahawa bank perdagangan akan beroperasi seperti biasa pada 8 Julai 2016, Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) berharap pihak kerajaan akan mempertimbangkan semula keputusan itu agar pekerja-pekerja bank juga akan menikmati cuti peristiwa sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
ABM dilaporkan sebagai berkata hanya cawangan bank di Kelantan dan Terengganu akan ditutup kerana kedua-dua negeri mempunyai cuti hujung minggu pada Jumaat. Selain itu, bank perdagangan di Pulau Pinang juga ditutup pada hari berkenaan sempena Hari Warisan George Town.
NUBE berpandangan adalah wajar pekerja-pekerja bank juga diberikan cuti peristiwa kerana sebahagian pasangan pekerja bank berkhidmat dalam sektor perkhidmatan awam. Atas keperluan ini, NUBE yakin cuti peristiwa akan dipanjangkan kepada pekerja-pekerja sektor perbankan.
NUBE percaya jika cuti peristiwa turut diberikan kepada pekerja-pekerja perbankan, ia akan memanfaatkan pihak bank sendiri dari segi penjimatan kos operasi dan aspek produktiviti.
Dalam era ledakan teknologi maklumat NUBE berkeyakinan urusan transaksi perbankan boleh dilakukan bila-bila masa dan dari mana-mana tempat dengan mudah dan cepat. Sebenarnya pemberian cuti peristiwa pada 8 Julai 2016, jika 1 Syawal jatuh pada 6 Julai 2016, akan memanfaatkan pengurusan setiap bank.
Malah, selaras dengan cuti sekolah selama seminggu manakala 63% penduduk negara ini beragama Islam, pemberian cuti peristiwa pada 8 Julai 2016 akan membolehkan mereka dapat melakukan perancangan sambutan Aidilfitri dengan cukup bermakna dan rapi selepas satu bulan berpuasa.Di kebanyakan negara, cuti panjang sehingga selama seminggu diberikan bagi menyambut perayaan-perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri. Melihat kepada Islam sebagai Agama Persekutuan, NUBE yakin permintaan cuti peristiwa akan dipertimbangkan oleh Kerajaan Persekutuan dan mengistharkan cuti umum bagi semua warga pekerja.
NUBE berharap Bank Negara Malaysia dan Menteri Kewangan I YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri akan mempertimbangkan permintaan NUBE ini.
J. SOLOMON
SETIAUSAHA AGUNG
KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA-PEKERJA BANK
2 JULAI 2016
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now