Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
HSBC terkenal kerana penipuan pengubahan wang haram dan kini dikenali sebagai No. 1 Global Penipu. Bank kini telah pergi ke fasa seterusnya; menggunakan tindakan terkutuk untuk memaksa golongan berpendapatan rendah di Bank keluar daripada Bank meninggalkan pekerjaan mereka.
En. Callister Koh telah mengeluarkan tawaran VSS kepada pekerja-pekerja di HSBC buat kali kedua, dengan memberi alasan bahawa penyelarasan berterusan terhadap proses-proses, penyusunan semula dan inisiatif automasi yang dilaksanakan oleh pihak Bank sejak beberapa bulan yang lepas.
Pada 2 Februari 2017, dua pegawai Sumber Manusia – En. Allan Sunil Netto dan Cik Prasanna Vasu telah menghadiri satu mesyuarat bersama NUBE untuk kononnya menjelaskan inisiatif pihak Bank. Walaubagaimanapun, di dalam mesyuarat tersebut, mereka hanya memberitahu pihak Kesatuan bahawa VSS akan diperkenalkan disebabkan penyelarasan dan ianya adalah kerana penyusunan semula kerja dan automasi. Apabil NUBE bertanya secara terperinci berkenaan inisiatif tersebut, mereka hanya berdiam diri dan asyik mengulangi kata-kata En. Callister Koh, yang juga telah tertera di dalam surat VSS kepada pekerja-pekerja pada hari ini.
Pada masa ini, pihak Bank sedang mengeluarkan VSS untuk memberhentikan pekerja manakala pada masa yang sama, pihak Bank juga sedang menggajikan pekerja-pekerja secara sementara dan kekal.
En. Callister Koh, En. Allan Sunil Netto dan Cik Prasanna Vasu yang sedang memimpin bahagian Sumber Manusia HSBC Bank (M) Bhd memiliki ciri-ciri Penipu Global No. 1. Mereka tidak mempunyai martabat, etika, nilai-nilai dan semangat patriotisme terhadap warga-warga Malaysia dan misi mereka adalah untuk menghapuskan semua pekerja-pekerja berpendapatan rendah di Bank HSBC dengan sokongan seorang yang bernama En. John Antony, seorang lagi penipu yang mengautomasikan proses-proses pekerjaan untuk memastikan dia terus hidup dengan selesa dan gaji tingginya berterusan di dalam Bank.
Kakitangan-kakitangan yang disebut di atas diuruskan oleh seorang CEO warga asing, En. Mukhtar Malik Hussain yang telah melanggar undang-undang Malaysia secara berterusan dan juga tidak cekap dan mampu untuk membalas surat-surat kami.
Kami menasihati agar semua ahli-ahli TIDAK MENERIMA tawaran VSS di atas alasan-alasan yang berikut:
1. Tawaran VSS ini merupakan tawaran yang paling rendah di dalam Negara kerana pihak Bank mendakwa bahawa golongan berpendapatan paling rendah terdesak untuk wang. Pihak Bank sedang berusaha untuk menghapuskan pekerja-pekerja bukan eksekutif di HSBC.
2. Memandangkan keadaan ekonomi yang tidak dapat diramalkan dan peningkatan status kehutangan Negara, ia adalah amat bahaya untuk anda berada tanpa pekerjaan anda.
3. Kebanyakan orang yang menerima tawaran VSS sebelum ini melalui situasi yang lebih sukar berbanding dengan situasi mereka semasa di Bank. Anda akan kehilangan semua manfaat pekerjaan.
Anda akan mendapat lebih banyak maklumat di Mesyuarat Agung kita pada hari Rabu, 15 Februari, pada jam 6 petang, NUBE House, Brickfields. Semua ahli di HSBC dinasihati agar hadir mesyuarat ini.
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now