Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Apabila NUBE adalah satu-satunya HARAPAN …Bahagian II
Institusi Kewangan (FI) ibarat kilang memerah keringat perhambaan moden lagi canggih.
Mohd Nizam Bin Mohd Din, lebih dikenali sebagai Nizam, adalah seorang pekerja bank di salah satu bank tempatan, yang berkhidmat di cawangan Segambut. Nizam mempunyai rakan sekerja hanya sekadar jasad tubuh manusia malah di pejabat, Nizam berjuang sendirian dengan masalah jantungnya yang semakin lemah.
Nizam pertama kali didiagnosis dengan masalah jantung lemah beberapa tahun yang lalu. Nizam semakin sakit pada tahun 2017. Sejak pertengahan 2018, Nizam telah mengambil cuti sakit berpanjangan. Pada hari Khamis, 25 Oktober 2018, Nur Atikah Athirah Binti Mohammad Aris yang bekerja di cawangan lain, adalah ahli NUBE yang dipilih untuk menggantikan Nizam di cawangan Segambut.
Nur Atikah mengetahui bahawa Nizam sedang cuti sakit berpanjangan dan bertanya berkenaan Nizan. Malangnya! Ketika itulah Nur Atikah dapat tahu yang Nizam hanya memerlukan "pacemaker" untuk menyelamatkan jantungnya yang semakin teruk, tetapi kos "pacemaker" itu dalam anggaran RM90,000 tidak diluluskan oleh Bank.
Nur Atikah, yang pada masa itu baru sahaja pulang daripada Seminar Grassroot NUBE KLSP, berasa keliru. Nur Atikah tertanya-tanya kepada diri sendiri "kenapa kos 'pacemaker' tidak ditanggung oleh Bank?"
Akhirnya, Nur Atikah yang tidak tahan lagi, membuat Keputusan untuk mengemukakan soalan yang membingungkan ini kepada Ketua Zon, Pelatih, dan Setiausaha Kehormat NUBE KLSP, Sis A. Karuna.
Apabila Sis A. Karuna mendengar perkara ini daripada Nur Atikah, dia tersangat marah dengan keadaan Nizam; namun begitu, dia mengucapkan terima kasih kepada Nur Atikah atas keprihatinan dan sikap ambil tahu keadaan seorang ahli NUBE seperti Nizam.
Sis A. Karuna dan Bro Yushamizan Yusoff, juga seorang Pelatih KLSP dan Ketua Zon bagi kawasan Segambut, segera bertindak, bergilir-gilir melawat Nizam di hospital dan untuk berjumpa dengan ahli keluarganya untuk mengumpulkan fakta.
Bersambung pada hari Sabtu, 29 Jun 2024.Nantikan... untuk mengetahui apa yang berlaku di hospital dan dengan Bank.
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now