Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Hari ini, kita akan bincang berkenaan Artikel 11, Perjanjian Kolektif ke-19 - kenaikan gaji tahunan atau “annual increment” bagi pekerja.
Artikel ini penting kerana kita perlu pastikan kita terima kenaikan gaji tahunan berdasarkan struktur gaji kita.
Hak Kenaikan Gaji Tahunan
Pekerja Bank yang telah disahkan dalam perkhidmatan berhak menerima kenaikan gaji tahunan pada tarikh kenaikan sehingga mencapai struktur gaji maksimum mereka, atau lebih dikenali sebagai “gaji mati” kecuali kenaikan mereka ditangguhkan atau dihentikan sebagai tindakan displin.
Tarikh Kenaikan Gaji ini adalah samada pada bulan Januari atau July setiap tahun.
Tarikh kenaikan bagi pekerja yang disahkan dalam perkhidmatan atau mohon untuk dinaikkan pangkat pada atau selepas 1 Januari tetapi tidak melangkaui 30 Jun adalah pada setiap bulan Januari tahun berikutnya.
Tarikh kenaikan bagi pekerja yang disahkan dalam perkhidmatan atau mohon untuk dinaikkan pangkat antara bulan Julai hingga Disember pula adalah pada setiap bulan July tahun berikutnya.
Maksud "Struktur Gaji"
Untuk tujuan Artikel ini, "struktur gaji" merujuk kepada struktur gaji bagi Financial Services Enabler 1, Financial Services Enabler 2, atau Financial Services Enabler 3.
Contoh, jika seorang pekerja itu mula kerja Bank sebagai Financial Services Enabler 1 pada bulan Januari (tarikh kenaikan 1 Januari) dan kemudiannya dinaikkan pangkat ke Financial Services Enabler 2 pada 1 Julai, tarikh kenaikan barunya akan menjadi bulan Julai; dan jika dia kemudiannya dinaikkan pangkat ke Financial Services Enabler 3 pada 1 Januari, tarikh kenaikan barunya selepas itu akan menjadi pada bulan Januari.
Juga, pekerja yang capai gaji mati, sepatutnya dibayar dua (2) lagi kenaikkan gaji selepas gaji mati. Ini adalah kerana dia tidak patut dianak-tirikan atau didiskriminasi dengan alasan dia telah capai gaji maksimum, kerana dia masih menyumbang kepada Bank.
Kenaikan Gaji Tahunan dalam Sistem Ganjaran Berkaitan Prestasi (PRRS)
Kenaikan gaji tahunan bagi pekerja dalam Sistem Ganjaran Berkaitan Prestasi (PRRS) di bawah Artikel 19(4) Perjanjian Kolektif akan mengikut Perjanjian dua hala antara Bank dan Kesatuan.
Namun, tidak ada bank yang bincangkan perkara ini kerana is melibatkan penilaian prestasi yang telus dan adil.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kenapa Ini Penting?
Memahami peruntukan dalam Artikel 11 penting untuk memastikan kita menerima kenaikan gaji tahunan yang sepatutnya berdasarkan struktur gaji kita pada tarikh kenaikan yang ditetapkan.
Dengan memahami peruntukan ini, kita akan lebih bersedia untuk merancang kerjaya dan memastikan bahawa hak-hak anda sebagai pekerja dilindungi. Nantikan lebih banyak maklumat lanjut mengenai hak anda dalam siri "Kefahaman CA: Know Your Rights!"
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now