Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
KUALA LUMPUR: Kaji selidik mengenai tempoh pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak membawa manfaat kepada negara selain mengganggu pentadbiran.
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), J Solomon, berkata kajian sedemikian tidak membawa faedah kepada usaha Perdana Menteri untuk memulihkan ekonomi negara dan membebaskan Malaysia daripada cengkaman rasuah dan salah laku kerajaan terdahulu.
Solomon berkata Dr Mahathir harus diberi segala ruang dan masa untuk memulihkan ekonomi negara daripada kesilapan dan penyelewengan oleh kerajaan terdahulu.
“Meskipun mempunyai ramai ahli Kabinet tanpa pengalaman, Dr Mahathir cemerlang memimpin negara dalam menghadapi pelbagai tekanan menangani skandal besar yang diwarisi daripada kerajaan terdahulu.
“Rakyat Malaysia tidak harus disajikan dengan kaji selidik sedemikian kerana ia akan mengalihkan perhatian daripada agenda pemulihan ekonomi negara, khususnya ketika kerajaan di bawah pimpinan Dr Mahathir sudah mula menunaikan janji-janjinya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Institut Darul Ehsan (IDE) semalam mendakwa hasil kaji selidiknya mendapati 75 peratus responden berpendapat Dr Mahathir harus berundur sebagai Perdana Menteri dalam tempuh dua tahun.
Solomon berkata Dr Mahathir dan ahli Kabinet kini memberi ruang kepada kesatuan untuk memainkan peranan cergas dalam pembangunan negara.
“Saya akur bahawa pada masa lalu, Dr Mahathir bukanlah sahabat paling akrab gerakan kesatuan namun sekarang kami lihat beliau dan ahli Kabinetnya memberi keutamaan kepada kebajikan pekerja.
“Apa yang diperlukan sekarang ialah majikan sektor swasta menyahut sikap kerajaan ini untuk mengembalikan maruah pekerja dengan menawarkan upah serta kemudahan lebih baik kepada pekerja,” katanya.
Beliau berkata, tindakan mendesak Dr Mahathir berundur adalah amat tidak berperikemanusiaan kerana beliau sudah melakukan sebaik mungkin untuk Malaysia dan mahu bersara.
“Saya juga merasakan tidak perlu apa-apa kajian dan polemik mengenai peralihan kuasa pada ketika beliau sedang melakukan yang terbaik dan hakikat bahawa masalah negara sekarang bukan hasil perbuatannya tetapi kesan kesilapan dan penyelewengan kuasa oleh kerajaan terdahulu.
“Tindakan pihak tertentu menguar-uarkan polemik peralihan kuasa tidak masuk akal kerana kerajaan pimpinan Dr Mahathir belum pun mentadbir separuh daripada mandat lima tahun yang dimenangi Mei tahun lalu.
MTUC juga berharap semua pihak memberi tumpuan kepada memulihkan negara dan tidak membuang masa berpolitik secara tidak bermanfaat, yang akhirnya akan hanya membawa padah kepada pekerja.
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now