Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Kami berharap surat ini bertemu YAB dalam keadaan sihat walafiat.
Dengan segala hormatnya, kami dari Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank, Malaysia (NUBE), menulis kepada YAB membawa isu yang memerlukan perhatian dan tindakan segera YAB.
Selaku Perdana Menteri Malaysia, kami memohon kepada YAB untuk mempertimbangkan komitmen dan keadilan bagi kesejahteraan semua rakyat Malaysia, tidak ketinggal kami di dalam sektor kewangan (perbankan). Isu kami berkaitan dengan kegagalan bank-bank untuk menghormati Perjanjian Memorandum (MOA) yang ditandatangani dengan NUBE pada 5 April 2023, khususnya berkaitan dengan Bantuan Perayaan yang perlu dibayar kepada kami, pekerja bank dalam kategori B40 dan M40.
Bantuan Perayaan ini, yang merupakan pengiktirafan terhadap usaha dan komitmen kami yang bergelut dengan kemelut kos sara hidup yang semakin meningkat tanpa kawalan akibat ketidakstabilan nilai matawang ringgit Malaysia.
Walaubagaimanapun, pihak institusi perbankan dengan melanggar MOA yang telah ditandatangani dan kini, enggan membuat barayan Bantuan Perayaan tersebut. Pelanggaran terhadap perjanjian ini telah menimbulkan kesukaran dan tekanan kewangan yang besar kepada ahli NUBE, terutamanya semasa musim perayaan di mana bantuan tersebut dijangka dan diharapkan.
Ini juga selaras dengan seruan YAB kepada para majikan untuk bertanggungjawap di dalam mengutamakan kebajikan pekerja sejajar dengan usaha Kerajaan Malaysia dibawah kepimpinan YAB.
Kami menyeru YAB untuk bertindak dengan pantas dan berani untuk menangani pelanggaran terang benderang ini dan memastikan pekerja bank menerima Bantuan Perayaan yang sepatutnya mereka terima mengikut MOA yang ditandatangani.
Selain itu, kami mendesak untuk melakukan reformasi menyeluruh dalam sektor perbankan untuk mempromosikan transparansi, akauntabiliti, dan keadilan dalam amalan pekerjaan.Adalah penting bagi institusi perbankan untuk memenuhi kewajipan mereka kepada pekerja dan mengekalkan prinsip tanggungjawab sosial, keadilan, terutama sekali, integriti mereka.
Sebagai pemimpin negara kita, kami percaya kepada komitmen YAB untuk memperjuangkan hak dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia, termasuk pekerja bank yang berkerja keras. Kami bersedia untuk bekerjasama dengan pejabat YAB yang mulia dan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menangani isu mendesak ini dan membawa perubahan positif dalam industri perbankan.
Kami akhiri surat kami ini dengan ucapan terima kasih ke atas perhatian YAB terhadap perkara ini. Kami berharap tindakan dan kepimpinan YAB dalam menyelesaikan cabaran ini dan memajukan masyarakat yang lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now