Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Pejabat Ketua Menteri, Komtar, Georgetown, Pulau Pinang 4 September 2018 - NUBE merupakan Kesatuan yang pertama secara terbuka telah menyokong penuh Pakatan Harapan pada pilihanraya umum yang ke-14 baru ini. Bagi menyambung legasi mantan Ketua Menteri Pulau Pinang YB Lim Guan Eng, kunjungan hormat NUBE ke pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Tuan Chow Kon Yeow sangat dialu-alukan dan kunjungan ini telah diketuai oleh Timbalan Presiden NUBE merangkap Pengerusi NUBE Northern Region - PKP iaitu Sdr Abdul Jamil Haji Jalaludeen bersama-sama dengan 18 Pegawai Kesatuan NUBE Northern Region - PKP.
NUBE telah menghantar satu memorandum kepada YAB Ketua Menteri supaya meminta jasa baik intervensi dari Menteri Kewangan Malaysia mengenai pertikaian perusahaan HSBC Bank yang berasal dari British dengan sengaja mensabotaj proses perundingan perjanjian kolektif serta tidak menghormati undang-undang hak asasi manusia dimana ia telah secara langsung menindas kaum pekerja di bawah kumpulan B40. Bank ini juga telah mengeluarkan kenyataan media negatif terhadap Pakatan Harapan sebelum PRU-14.
Sementara itu, Sdr Abdul Jamil juga membawa perhatian kepada YAB Ketua Menteri tentang satu lagi penindasan yang telah dilakukan satu lagi bank yang berasal dari British iaitu SCB Bank mengamalkan sikap anti Kesatuan dengan mengeluarkan ahli-ahli NUBE dari skop perkeranian yang telah bertindak secara tidak etikal umpama buruh paksaan dan beliau juga mengulas tentang impak digitalisasi revolusi 4.0 terhadap kaum pekerja di industri perbankan.
YAB Ketua Menteri mengambil berat tentang isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak NUBE terutama melibatkan kaum pekerja kumpulan du bawah B40 dan akan mengambil langkah tindakan seterusnya.
NUBE sangat berterima kasih serta terharu di atas kesudian YAB Ketua Menteri menerima kunjungan hormat ini dan NUBE akan menyokong kepimpinan dibawah YAB Ketua Menteri demi menjaga kebajikan dan memartabatkan kaum pekerja di industri perbankan.
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now