Bagi pihak NUBE, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2020, semoga ia membawa kesejahteraan dan kesihatan terjamin kepada semua.
Tahun baru sudah tentunya membawa pelbagai resolusi dan dalam menyambut 2020, kami menggesa setiap pekerja bank, tanpa mengira jawatan, untuk memberikan fokus penuh kepada ‘kejujuran dan kewibawaan’ dalam menguruskan dana awam serta hubungan sesama kita.
Pada September 2018, Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres memberitahu Sidang Kemuncak PBB bahawa dunia kini menanggung defisit kepercayaan yang amat serius dengan penduduk di segenap pelusuk kehilangan keyakinan terhadap organisasasi politik yang semakin mendokong dasar-dasar polarisasi dan populis.
Pada January tahun ini, beliau sekali lagi menekankan mesej itu apabila berkata “kepercayaan di dalam negara dan antara negara semakin berkurangan. Kita boleh menyaksikan defisit kepercayaan ini di jalanan merata pelusuk dunia dengan rakyat berdemonstrasi, menzahirkan rasa kecewa terhadap organisasi politik yang tidak peka kepada keperluan rakyat dan sama ada gagal atau tidak mahu melaksanakan apa yang perlu dilakukan.”
Di Malaysia, sejak penabalan kerajaan baru pada Mei 2018, adalah amat jelas Menteri Kewangan, Menteri Sumber Manusia dan Gabenor Bank Negara lumrah mengambil melakukan pusingan U atau mengambil keputusan berubah-ubah.
Sehingga sekarang, mereka gagal memberi ketetapan mengenai jaminan pekerjaan (security of tenure) kepada pekerja sektor perbankan , sebaliknya bertindak secara diskriminasi sehingga menjejaskan mata pencarian pekerja.
Akibatnya, kita menyaksikan semakin ramai pekerja golongan B40 dan M40 kehilangan pekerjaan tetap mereka dengan peralihan bank kepada pendigitalan tanpa menawarkan latihan kemahiran untuk memastikan mereka tidak diabaikan.
Berulang kali kerakusan koperat menyebabkan pengurusan di bank tertentu bertindak secara tidak jujur terutama sekali dalam menangani kebajikan pekerja B40 dan M40.
Kerakusan dan ketidakjujuran malah perbuatan rasuah dalam pelbagai organisasi sudah kerap dibongkarkan.
Namun, hukuman, malah proses menangani kes-kes ketidakjujuran ini tidak dilaksanakan sama rata, malah bergantung kepada status ‘pesalah’ berkenaan. Di kebanyakan bank, kesalahan pengurusan yang menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit dan salah laku yang menyebabkan bank di kenakan penalti tinggi, sering di diamkan atau disembunyi.
Sebaliknya, ‘kesalahan’ melibatkan pekerja B40 dan M40 dihukum sehingga mereka dinafikan mata pencarian, sungguhpun kesilapan itu kecil dan bank tidak menanggung sebarang kerugian kewangan.
Malah, pengurusan bank tertentu kerap mempamerkan sifat talam dua muka, atau hipokrit apabila dikehendakli menepati hak-hak pekerja dan kesatuan.
Mereka akan mencanang diri sebagai bertindak secara professional, apabila menggunakan undang-undang buruh lapuk dan dibantu pihak berkuasa yang tidak berwibawa, untuk menekan pekerja. Kami di NUBE telah mengadakan beberapa mesyuarat dengan bank-bank tertentu mengenai pendigitalan dan automasi.
Tidak di nafikan, ada beberapa bank yang menggubal pendekatan strategik untuk menambahbaik kemahiran pekerja, namun sebilangan besar bank gagal berbuat demikian.
Lebih memilukan, bank-bank ini bukan sahaja tiada program latihan berkesan bagi meningkatkan kemahiran kakitangan, malah, mereka bertindak zalim dan menggunakan taktik kotor untuk menamatkan perkhidmatan ahli-ahli NUBE.
Pepatah Cina mengatakan “Busuk Ikan Bermula Daripada Kepala. ” Pengurusan bank sepatutnya bukan hanya menguar-uarkan kejujuruan dan integriti tetapi, lebih penting, mengamal dan melaksanakannya secara adil untuk semua peringkat kakitangan, tanpa mengira jawatan dan pangkat.
Hanya pendekatan jujur sedemikian akan memastikan kewibawaan bank dapat dipertahan dan diperkukuhkan.
Pada masa sama, kita sebagai ahli NUBE, mempunyai peranan penting dalam mengelakkan keruntuhan bank-bank dengan menjadikan kelangsungan pekerjaan sebagai keutamaan dalam perjuangan kami.
Kita juga harus mendokong program-program latihan semula demi peningkatan kemahiran supaya kita terus relevan dan mampu menyesuaikan diri kepada perubahan yang sedang berlaku dalam industri perbankan.
Demi maruah dan jaminan pekerjaan, semua ahli NUBE harus bersatu padu untuk menumpaskan sebarang cubaan meruntuhkan bank oleh pengurusan yang tamak, rakus serta zalim terhadap pekerja.
Sehubungan itu, sokongan bulat anda terhadap NUBE dalam membela kepentingan semua pekerja dan keluarga dalam industri perbankan amatlah penting.
Kita harus berwaspada terhadap taktik-taktik licik yang digunakan untuk memperkenalkan automasi dan pendigitalan di tempat kerja. Kita juga harus arif mengenai hak pekerja dan berani bersuara sebaik sahaja pengurusan mula melontar idea kononnya mahu mempermudahkan lagi tugasan anda.
Pada masa sama, kita harus berwaspada dan mempertahankan diri daripada dituduh cuai melakukan kerja. Kita harus bertekad melaksanakan tugas secara cermat dan sejauh mungkin, bebas daripada kesilapan walaupun ia remeh dan tidak membawa kerugian kepada bank atau didorong oleh niat jahat.
Dalam mempertahankan kepentingan kami, kita harus jujur setiap masa, walaupun berdepan dengan pengurusan tertinggi bank yang bertindak sebaliknya dalam persekitaran difisit kepercayaan yang semakin melebar di seluruh dunia.
NUBE akan sentiasa bekerjasama dengan bank-bank demi memastikan industri perbankan tidak dibinasakan oleh penggubal dasar yang rakus.
Memandangkan semua cabaran ini, adalah lebih mustahak untuk pihak bank duduk semeja dengan NUBE dan berbincang secara telus demi memastikan bank dan pekerja terus relevan kepada keperluan sesama mereka.
J SOLOMON
SETIAUSAHA AGUNG











To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now