Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
ULASAN | Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) merujuk kepada laporan media yang memetik kenyataan Nufam dan pihak Malindo Airlines.
MTUC berpandangan tegas bahawa jika proses pemeriksaan ketika sesi temu duga yang dimaksudkan itu sah dan benar, kami berpendirian bahawa ia suatu bentuk penderaan seksual dan sama seperti kesalahan-kesalahan jenayah dan memerlukan tindakan segera daripada pihak polis dan pihak berkuasa lain.
Malah, MTUC melihat pendekatan yang diambil oleh pihak Malindo Air telah melanggar privasi seseorang, pelanggaran hak asasi dan hak-hak asasi manusia.
Setiap pekerja harus dihormati dan diberi penghormatan yang sewajarnya. Maruah mereka harus dilindungi. Dalam hal ini, pekerja-pekerja kru kabin wanita juga tidak berbeza. Mereka melayan penumpang tanpa mengira personaliti dan mereka mengharapkan tahap toleransi yang paling tinggi apabila berada di udara.
Ramai wanita tidak sabar-sabar untuk mengambil profesion ini dan bagi sesetengah orang, ia merupakan impian mereka. Justeru, mereka yang mengendalikan sesi temu duga tidak boleh mendedahkan calon wanita kepada proses temu duga yang tidak senonoh dan menjijikkan.
Respons pihak Malindo yang mendakwa mereka mematuhi proses sewajarnya apabila hendak mendapatkan maklumat mengenai tanda-tanda di bahagian badan adalah mengejutkan dan sama sekali tidak boleh diterima.
Dan, jika benar pakaian kru kabin wanita mendedahkan bahagian badan ataupun jika ia terlalu transparen, maka terserah kepada syarikat berkenaan untuk mengkaji semula pakaian seragam, bukannya mendedahkan kru kabin kepada pemeriksaan yang tidak munasabah dan keterlaluan seeperti didedahkan media.
Dalam konteks itu, MTUC juga menuntut supaya pihak berkuasa mengambil langkah segera untuk menghukum sesiapa yang terlibat menggunakan cara atau pendekatan temu duga sedemikian.
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now