Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Delegasi 8-Ahli NUBE ke Konfederasi Serikat Pekerja Seluruh Indonesia (KSPSI) telah berlangsung demi memperkukuhkan solidaritas kami dan kerjasama antara kedua-dia NUBE dan KSPSI.
Delegasi 8-Ahli NUBE ke Konfederasi Serikat Pekerja Seluruh Indonesia (KSPSI) telah berlangsung demi memperkukuhkan solidaritas kami dan kerjasama antara kedua-dia NUBE dan KSPSI.
8 delegasi NUBE Malaysia diketuai oleh Setiausaha Agung NUBE merangkap Setiausaha Agung Malaysia Trade Union Congress (Malaysian TUC), Sdra J Solomon diiringi oleh Sdra Mohd Faisal Husin, Sdra Awangludin, Sdra Mohamad Syukri Mustaffa, Bro Amirul Safwan, Sdra Sahrul Lizam, Sdra Mohd Elias dan Sdra B Balapragash telah menghadiri Kongres ke-9 Konfiderasi Serikat Pekerja Seluruh Indonesia (KSPSI) yang telah diadakan di Hotel Mercure Convention Hall Ancol Jakarta, Indonesia.
Menteri Tenaga Kerja Indonesia telah merasmikan persidangan berkenaan yang turut dihadiri oleh Menteri-menteri Kanan Indonesia, Timbalan Ketua Polis Indonesia dan Panglima Angkatan Tentera Indonesia.
Sdra J Solomon telah diberi penghormatan untuk berucap dihadapan lebih 1,000 delegasi seluruh Indonesia.
Di dalam ucapannya, Sdra J Solomon telah menyentuh berkenaan dengan isu digitalisasi/robotic dan perubahan iklim di dalam industri/perusahaan yang akan memainkan peranan utama seperti di dalam agenda Revolusi Industri 4.2. Oleh itu beliau menasihatkan
para pengusaha (majikan), pekerja dan kerajaan untuk meneliti bersama-sama dan berjuang untuk memastikan keseimbangan untuk warga pekerja.
Selain itu, Setiausaha Agung juga menegaskan bahawa keuntungan hendaklah dibahagi sama rata kepada semua pekerja, tidak hanya kepada segelintir atau golongan atasan sahaja. Beliau juga menyeru agar semua pekerja harus bersatu dibelakang kesatuan untuk memperbaiki situasi yang tidak seimbang kini.
Usaha kerajaan bagi mendorong para majikan untuk meningkatkan keterampilan dan kemampuan para pekerja dalam era ekonomi pendigitalan adalah penting bagi memastikan pekerja masih relevan dan bukan diganti dengan robot.
Sdra J Solomon juga memuji kesatuan di Indonesia kerana menjadi contoh terutama dalam memperjuangkan hak-hak dan kepentingan pekerja khususnya di rantau Asia.
Menutup ucapannya, Sdra J Solomon berkata sebuah masyarakat yang baik memerlukan pergerakan kesatuan yang baik manakala kesatuan yang baik memerlukan masyarakat yang baik.
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now