Pelbagai masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli NUBE telah di utarakan; antaranya adalah:
1. Jawatan CEA yang kini tiba-tiba diberi target jualan (sales target).
Perkara ini tidak di bincang dengan NUBE maka NUBE telah meminta pihak Bank tangguhkan dahulu perlaksanaan tugasan baru ini untuk ahli NUBE kerana jaminan sekuriti pekerjaan ahli-ahli NUBE perlu di utamakan.
2. Pelbagai jenis syarat yang di kenakan ke atas pengunaan cuti tahunan oleh pihak Pengurusan cawangan. Contohnya: tidak boleh bercuti pada hari Isnin/Jumaat, tidak boleh ambil cuti perayaan panjang dan sebagainya tanpa alasan munasabah. Syarat-syarat ini jelas melanggari peruntukkan Perjanjian Kolektik MCBA/NUBE.
3. Penggunakan sistem perbankan yang tidak mematuhi polisi perbankan oleh pihak Pengurusan cawangan semata-mata untuk mencari jalan pendek bagi menguruskan kerja-kerja di cawangan. Perkara ini amat merbahaya kerana kalau berlaku penipuan (fraud), ahli NUBE menjadi sasaran pertama kerana mereka adalah “maker”. Antara contoh ketara adalah pembukaan akaun atau pengeluaran wang oleh pihak ketiga (3rd party).
Perkara-perkara sebegini juga akan menjejaskan imej dan reputasi Bank.
4. Pihak Pengurus cawangan yang mempertikaikan waktu “time-off” bagi ahli-ahli NUBE yang perlu dapatkan rawatan atau rawatan susulan tanpa alasan munasabah.
5. Pihak Pengurusan yang menekan Q-time semata-mata untuk menunjukkan rekod Q-time cawangan yang kononnya baik.
Perkara-perkara ini hanya dilakukan oleh beberapa pihak Pengurusan cawangan kerana tekanan daripada pihak Region.
Oleh itu, kita perlu pelan tindakan bersatu supaya semua ahli NUBE faham berkenaan dengan hak mereka dan dapat mengutarakan hak mereka.
Pelan ini juga adalah untuk memahami keperluan pihak Bank dan berusaha untuk mencapai keperluan tersebut supaya ianya selaras dengan keperluan ahli-ahli NUBE demi kesejahteraan bersama; Maybank dan ahli-ahli NUBE.
Pada masa yang sama; NUBE menegaskan bahawa kita, ahli-ahli NUBE tidak boleh berkompromi dengan displin serta sumbangan kita kepada Bank.
Malang tak berbau; maka kehadiran tepat sebelum waktu pejabat, mengamalkan waktu makan yang sepatutnya, penjagaan kesihatan yang sewajar supaya cuti sakit kita terkawal dan tumpuan pada kerja kita untuk memastikan tugasan kita di sempurnakan tepat mengikut polisi bank adalah tabiat yang mesti di amalkan demi menjamin sekuriti pekerjaan kita.
Juga, ahli-ahli di ingatkan supaya hindari tabiat curi tulang kerana tabiat ini akan akan menjejas nama baik kita serta sumbangan kita.
Sesi seterusnya, bagi menangani isu isu lain akan di adakan pada 14 Oktober 2017 jam 10.30 pagi di NUBE KLSP.
Sesi ini telah dikelolakan oleh
1. Setiausaha NUBE KLSP, Sdri A. Karuna (Ketua Zon Kelang) bersama AJK lain:
2. Sdra Mohd Faisal Husin (Naib Pengerusi juga Ketua Zon KL Sentral-Cheras),
3. Sdra Muhammat Yusri (Ketua Zon Subang-Shah Alam),
4. Sdra Saiful Hajidan (Ketua Zon Damansara-Sg Buloh),
5. Sdra Mohd Fauzie (Ketua Zon KL Selatan-Selayang),
6. Sdri Azlina Ahmad (Ketua Zon PJ-Damansara),
7. Sdra Mhd Farhan Nur (Ketua Zon KL Timur – Puchong.
8. Sdra T. Sethupaty (Ketua Zon Cheras – Cyberjaya)
Dibantu oleh AJK-Kerja Sdri S. Ratneshwary.











To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now