Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
NUBE telah memohon Persatuan Bank Komersial Malaysia (MCBA) melanjutkan moratorium menyeluruh (blanket moratorium) ke atas pembayaran pinjaman peribadi, perumahan dan kenderaan selama tiga bulan untuk semua ahli NUBE.
Tempoh lanjutan yang disarankan adalah mulai Oktober hingga Disember 2020.
Dalam suratnya kepada MCBA, Setiausaha Agung NUBE, Sdra J. Solomon berkata penamatan moratorium menyeluruh (blanket moratorium) pada 30 September 2020, memudaratkan lagi nasib ahli NUBE kerana terpaksa menyambung semula bayaran pinjaman sungguhpun menghadapi masalah kewangan serius akibat pandemik Covid-19.
Sdra Solomon berkata semua ahli NUBE tergolong berpendapatan rendah, adalah antara segmen masyarakat paling terkesan akibat kejatuhan mendadak ekonomi negara.
“Ramai ahli NUBE mempunyai anggota keluarga yang kehilangan kerja atau dipotong gaji, sekali gus memaksa mereka menanggung kesulitan kewangan amat serius sepanjang enam bulan yang lalu,” kata Sdra Solomon dalam suratnya kepada Pengarah Eksekutif MCBA Encik Y.Y. Lam.
Meskipun berdepan dengan beban itu, Sdra Solomon berkata ahli NUBE tetap gigih melaksanakan tugas dalam memastikan perkhidmatan sektor perbankan tidak terjejas, walaupun semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada Mac lalu sebelum dilonggarkan dua bulan kemudian.
Sdra Solomon berharap bank-bank akan menunjukkan penghargaan terhadap komitmen ahli NUBE untuk terus bertugas walaupun sejumlah kes Covid-19 dikesan di beberapa cawangan bank tertentu. Jasa ahli NUBE membolehkan bank-bank memberikan perkhidmatan terus menerus sungguhpun negara terjejas dengan pandemik Covid-19.
Memandangkan semua faktor ini, MCBA harus tampil membantu ahli NUBE dengan melanjutkan tempoh moratorium menyeluruh untuk mereka mulai Oktober hingga Disember 2020, kata Sdra Solomon.
Beliau berkata lanjutan moratorium selama tiga bulan berupaya membantu ahli NUBE mengurangkan masalah kewangan dan menguruskan aliran wang mereka dengan lebih baik dalam menghadapi kegawatan ekonomi semasa.
Sdra Solomon berkata dalam melanjutkan moratorium itu, bank-bank tidak harus mengenakan sebarang bayaran faedah terakru atau kompaun (accrued or compound interest) ke atas ahli-ahli NUBE yang memperolehi bantuan itu.
Beliau berkata bank tidak menanggung sebarang kerugian dengan meluluskan lanjutan moratorium menyeluruh pinjaman untuk ahli NUBE kerana ia hanya berupa penangguhan pembayaran untuk tempoh tertentu dan bukan pemansuhan pinjaman.
Sdra Solomon berharap pihak bank akan menunaikan tanggungjawab moralnya dengan meluluskan lanjutan tiga bulan moratorium pembayaran pinjaman peribadi, perumahan dan kenderaan ahli NUBE.
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now