Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
KUALA LUMPUR 13 Julai - Mahkamah Persekutuan menolak rayuan dua bank selepas didapati cuba memecah belahkan kesatuan sekerja dengan menaikkan pangkat kakitangan perkeranian kepada eksekutif tanpa perubahan tugasan atau penambahan kuasa.
Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE), J. Solomon dalam kenyataan memberitahu, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara bersetuju bahawa kedua-dua bank itu bertindak demikian supaya kakitangan terbabit kehilangan kelayakan menyertai kesatuan sekerja.
Menurut Solomon, walaupun kenaikan pangkat itu bermaksud kakitangan berkenaan berjawatan eksekutif, namun skop pekerjaan masih merangkumi tugas-tugas perkeranian.
Sehubungan itu, Solomon menegaskan pihak kawal selia perbankan harus mengambil tindakan bersesuaian terhadap kedua-dua bank berkenaan susulan keputusan yang dilakukan Mahkamah Persekutuan.
“Keputusan mahkamah sebagai kemenangan besar untuk warga pekerja dan gerakan kesatuan di Malaysia. Hak berpersatuan adalah hak asasi setiap pekerja. Majikan bukan sahaja harus menghormati hak ini tetapi juga melindunginya daripada dicabuli sesiapa.
“Pelan Tindakan Kebangsaan terhadap Hak Asasi Manusia dan Perniagaan yang sedang digubal juga harus merangkumi peruntukan mewajibkan majikan menghormati hak berpersatuan sebagaimana tertera di dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dalam penghakiman yang disampaikan Rabu lalu, panel lima hakim iaitu Datuk Rohana Yusuf, Datuk Mohd. Zawawi Salleh, Datuk Abang Iskandar Abang Hashim, Tan Sri Idrus Harun dan Datuk P. Nallini bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sebelum ini.
Lima hakim Mahkamah Persekutuan itu bersetuju dengan NUBE selaku plaintif bahawa kenaikan pangkat yang dilaksanakan kedua-dua bank itu hanya bertujuan mengubah status jawatan pekerja kepada eksekutif untuk mengekang mereka daripada menyertai kesatuan sekerja.
NUBE sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa tindakan kedua-dua bank itu berbentuk ‘union bursting’ yang bertujuan memaksa pekerja keluar daripada kesatuan sekali gus melemahkan pengaruh dan kuasa rundingan NUBE.
Keputusan Mahkamah Persekutuan itu adalah kemuncak perbicaraan yang bermula tujuh tahun lalu apabila NUBE menyaman dua bank berkenaan susulan tindakan mereka menaikkan pangkat pekerja perkeranian kepada wakil perhubungan pelanggan dan eksekutif perkhidmatan pelanggan.
Dalam pada itu, Peguam NUBE, Edmund Bon menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan sebagai bersejarah kerana boleh digunapakai untuk melindungi kepentingan pekerja di semua sektor dan industri dalam negara.
“Perkara yang paling menonjol adalah ketiga-tiga sayap badan kehakiman negara bersetuju bahawa kenaikan pangkat yang dilakukan dua bank itu adalah untuk mencantas hak pekerja menjadi ahli NUBE,” katanya.
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now