Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
KUALA LUMPUR: Hanya 20 peratus rakyat dewasa bekerja di negara ini mampu menampung perbelanjaan hidup bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan jika hilang pendapatan, disebabkan tiada tabung kecemasan, selain lebih suka berbelanja berbanding membuat tabungan.
Dapatan itu hasil Tinjauan Kestabilan Kewangan Separuh Pertama 2022 yang dikeluarkan pada Oktober lalu, membabitkan kira-kira 3,000 responden berusia 18 tahun dan ke atas di seluruh negara dengan sesi temu bual dibuat secara bersemuka.
Tinjauan dijalankan Jawatankuasa Kerja Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) melalui Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023. FEN ialah platform antara agensi ditubuhkan bagi meningkatkan literasi kewangan rakyat Malaysia dengan menggalakkan inisiatif pendidikan kewangan yang berkesan.
Pengerusi Bersama FEN yang juga Pengarah Jabatan Rangkuman Kewangan, Bank Negara Malaysia (BNM), Nor Rafidz Nazri, berkata kaji selidik setiap tiga tahun itu juga mendapati 27 peratus rakyat bekerja, sangat bimbang dengan keupayaan untuk membiayai perbelanjaan hidup pada hari tua.
"Tahap literasi kewangan rakyat Malaysia masih rendah, lebih suka berbelanja sekarang daripada menyimpan duit. Kajian mendapati 69 peratus lebih suka berbelanja berbanding menyimpan yang menyebabkan mereka tiada simpanan untuk kegunaan jika berlaku kecemasan.
"Sebanyak 47 peratus mengakui mereka sukar menyediakan wang kecemasan RM1,000. Hanya 20 peratus didapati mampu menampung perbelanjaan hidup sekurang-kurangnya tiga bulan atau lebih jika hilang pendapatan," katanya kepada BH.
Nor Rafidz berkata, sebanyak 30 peratus daripada responden kaji selidik itu berasa terbeban dengan hutang disebabkan perancangan kewangan yang tidak baik ketika mereka masih belia, manakala 35 peratus tidak berminat terhadap insurans dan takaful."Kebanyakan mereka yang tidak berminat dengan insurans dan takaful ialah golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan belia kerana menganggap ia adalah produk mewah," katanya.
Katanya, berdasarkan dapatan Kaji Selidik Keupayaan dan Rangkuman Kewangan terbaharu pada 2021 itu, FEN melaksanakan inisiatif yang disampaikan secara terancang membabitkan semua peringkat umur, iaitu kanak-kanak, belia dan dewasa dalam meningkatkan literasi kewangan mereka.
Enam topik disediakan dalam submodal berkenaan, antaranya 'Bank Negara Malaysia dan anda', 'Saluran dan bantuan lanjut bagi pengguna kewangan', 'Pengurusan kewangan' dan 'Jenayah kewangan'.
"Submodul ini menarik penyertaan hampir 20,000 penjawat awam sejak 2020, terutama dalam kalangan guru," katanya.
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now