Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Atas nama Skim Pemisahan Sukarela (VSS), HSBC sekali lagi mengambil langkah membuang pekerja-pekerja kumpulan berpendapatan rendah, tetapi pada masa yang sama mengambil pekerja-pekerja baharu untuk menggantikan mereka.
HSBC berkata VSS adalah kaedah sukarela tetapi pekerja ditakut-takutkan dan diancam supaya menerima VSS atau berhadapan dengan tindakan dipindah tempat kerja yang tidak munasabah.
Ketua Jabatan Sumber Manusia, Encik Callister Koh cuba mengelirukan wakil Kesatuan yang aktif, Sdra Sethu agar menerima VSS. Encik Callister Koh memberitahu Sdra Sethu bahawa sekarang ini adalah masa yang buruk bagi Bank dan juga Malaysia. Selain itu, Encik Callister Koh turut mengatakan bahawa ramai orang bercakap buruk tentang Malaysia, maka beliau mencadangkan jalan penyelesaian paling mudah iaitu berhijrah ke Australia atau mana-mana negara lain. Beliau juga berkata itu adalah arahan Kumpulan HSBC.
Tindakan sedemikian oleh beliau, sebagai Ketua Jabatan Sumber Manusia di bank asing di Malaysia, adalah tidak bertanggungjawab. Ia juga adalah satu usaha yang secara terang-terang memperlekeh status ekonomi dan rakyat Malaysia pada amanya, serta tidak dapat diterima sama sekali.
Sdra Sethu menolak VSS. Baru-baru ini beliau telah diberi surat ditukar ke cawangan yang terletak 60km dari tempat kerja sekarang. Bank pula kini sibuk menyumber keluar kerja-kerja beliau kepada sebuah syarikat. Pekerja syarikat tersebut pula bekerja sepenuh masa di premis Bank. Justeru, ini merupakan satu bentuk klasik menggantikan pekerja tetap dengan pekerja kontrak pihak ketiga yang secara literal tidak mempunyai apa-apa hak dan sebagainya.
Walaupun Sdra Sethu merayu berhubung arahan perpindahan unilateral ini yang dilakukan sewenang-wenangnya dan antara lain kerana keadaan kesihatan beliau yang kritikal, Bank berdegil untuk melaksanakan keputusan mereka.
Ini hanya salah satu contoh kes yang kita saksikan. HSBC juga melakukan banyak amalan korup seperti mengabai prinsip-prinsip asas perhubungan perusahaan baik yang wujud dua tahun yang lalu. Pengurusan sumber manusia sebelum ini telah mengamalkan perhubungan perusahaan yang baik. Sebaliknya, pengurusan sumber manusia semasa, yang diketuai oleh Encik Callister Koh, mengamalkan pendekatan eksploitasi yang jelas menunjukkan tindakan menindas dan membuli pihak HSBC, bertentangan daripada semangat hubungan kerja baik majikan-pekerja.
Di samping itu, HSBC juga melanggar Perjanjian Bersama (CA) yang sah antara NUBE dan One HSBC, Perjanjian Penyumberan Luar & Penyusunan Semula antara HSBC Bank Malaysia Berhad dan NUBE, yang menyasarkan pekerja-pekeja kumpulan berpendapatan rendah di HSBC.
KITA HARUS MENGHENTIKAN AMALAN KORUP INI; Kesatuan adalah satu-satunya kaedah untuk memeriksa dan menjamin keseimbangan menentang syarikat-syarikat yang korup, tamak dan membuli.
Marilah kita bersatu; Bersatu melawan HSBC, berjuang demi SDRA SETHU dan juga demi anda semua.
One for all and all for one.
J SOLOMON SETIAUSAHA AGUNG
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now