Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
SUBANG JAYA: Sektor perniagaan di Malaysia dijangka terus berada dalam keadaan mencabar tahun depan dengan 37 peratus perniagaan diramal mengalami kelembapan. Menurut kaji selidik QBE Insurance bertajuk ‘The Risks of Regret’ terhadap 301 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat besar tempatan, kira-kira 36 peratus syarikat menjangkakan kenaikan kos input serta keuntungan lebih rendah bagi tempoh 12 bulan akan datang. Sementara itu, PKS mengenal pasti penurunan prestasi sesebuah perniagaan adalah satu isu berbanding syarikat korporat, masing-masing pada 43 peratus dan 29 peratus manakala 24 peratus syarikat juga menjangkakan persaingan perniagaan akan lebih sengit. Ketua Pegawai Eksekutif QBE Insurance Malaysia, Leo Zanolini, berkata memandangkan keadaan ekonomi semasa yang mencabar dan peningkatan tekanan pelaburan dalam teknologi baharu, syarikat perlu memastikan perniagaan dilindungi secukupnya. “QBE memahami isu ini dan menyediakan penyelesaian dalam pengurusan risiko perniagaan dan profesional bagi semua saiz syarikat tanpa mengira jenis bidang industri di Malaysia,” katanya ketika taklimat media di sini, hari ini. Laporan QBE dijalankan pada April dan Mei lalu terhadap 301 syarikat PKS dan korporat di Malaysia bertujuan meninjau cabaran dan peluang perniagaan semasa dan masa depan serta tahap persediaan syarikat untuk berdepan risiko. Leo berkata, kaji selidik mendedahkan trend syarikat bertindak balas selepas berlakunya insiden yang merugikan adalah menjadi kebiasaan dalam rangka risiko perniagaan. “Sebanyak 38 peratus perniagaan mempunyai isu liabiliti awam atau isu pihak ketiga akibat kemalangan atau kecuaian perniagaan hanya mengambil insurans liabiliti perniagaan selepas berlakunya krisis dan 6 peratus daripadanya tidak mengambil sebarang tindakan selepas insiden berlaku. “Kami terkejut apabila mendapati syarikat di Malaysia hanya mengambil insurans liabiliti perniagaan selepas berlaku insiden yang merugikan. “Keadaan ini membimbangkan kerana akan mendedahkan perniagaan, pelanggan dan orang awam kepada risiko lebih besar iaitu kehilangan peluang mendapatkan pampasan selepas berlaku krisis,” katanya. Dalam tempoh 12 bulan lalu, risiko yang kerap dihadapi syarikat tempatan adalah isu pematuhan undang-undang bagi pengawalan dan pengawalseliaan (28 peratus), kehilangan pendapatan akibat gangguan perniagaan (27 peratus), kecederaan kakitangan ketika bekerja (24 peratus), kerosakan atau kehilangan inventori (22 peratus), kerosakan peralatan (21 peratus) dan liabiliti awam atau pihak ketiga disebabkan isu produk atau perkhidmatan (18 peratus).
Source : http://www.bharian.com.my/node/299168
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now