Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dapat bekerjasama bagi memuktamadkan proses pengambilalihan syarikat konsesi air atas semangat federalisme demi menjamin kepentingan rakyat di negeri ini.
Titah baginda, isu air yang melibatkan kepentingan rakyat di negeri ini perlu diatasi dengan segera tanpa sebarang campur tangan melibatkan unsur politik.
“Sebelum ini beta pernah bertitah bahawa politik bukanlah semata-mata untuk memburu kuasa tetapi adalah untuk mencapai tadbir urus yang cemerlang bagi membangunkan negeri ini.
“Kuasa adalah satu amanah untuk memenuhi aspirasi rakyat,” titah baginda sewaktu Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Yang Ketiga Belas bagi Tahun 2018, hari ini.
Sebelum ini, isu air di negeri ini tercetus apabila Kerajaan Selangor dikatakan tidak bersetuju dengan tawaran RM3 bilion ditawarkan Bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim semasa menyandang jawatan tersebut untuk pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash).
Oleh sebab itu, difahamkan Kerajaan Selangor telah melantik penilai bebas bagi membuat penilaian semula berhubung perkara itu dan laporan lengkap telah diserahkan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) bagi tindakan lanjut.
Bagaimanapun, KeTTHA dikatakan enggan memberikan kerjasama dalam pemberian maklumat kadar harga dicadangkan oleh Kerajaan Selangor sehingga menyebabkan masalah ini masih belum dapat diselesaikan.
Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin turut bertitah bahawa baginda berkenan dengan hasrat kerajaan negeri dan Air Selangor yang berhasrat untuk menjamin kelestarian bekalan air serta menjamin perkhidmatan bekalan di negeri ini akan dilaksanakan secara holistik dan efisien.
“Antara langkah yang dilaksanakan adalah pembinaan Loji Rawatan Air Semenyih 2 yang menelan belanja sebanyak RM177 juta dan telah mula beroperasi pada 1 Mac lalu dengan kapasiti tambahan 100 juta liter sehari.
“Manakala Projek Pembangunan Loji Rawatan Ari Labohan Dagang dijangka siap hujung tahun ini dengan kapasiti 200 juta liter sehari dengan menelan kos sebanyak RM497 juta,” titah baginda.
Dengan usaha itu, baginda bertitah bahawa negeri Selangor bakal menikmati tambahan bekalan air bersih sebanyak 300 juta liter sehari dalam tahun 2018.
Tambah baginda, sikap proaktif Kerajaan Selangor yang menggantikan paip-paip lama di seluruh negeri ini juga telah dapat membantu bagi menangani masalah ini yang menyumbang kepada Kadar Air Tidak Berhasil (NRW).
“Sehingga hari ini, kerajaan beta komited untuk menggantikan paip-paip lama sepanjang 422.5 kilometer dengan nilai RM373.7 juta.
“Usaha ini telah berjaya mengurangkan NRW daripada 32.6 peratus pada akhir tahun 2015 kepada 30.1 peratus pada akhir tahun 2017 dan ia sekali gus menjimatkan RM53.8 juta setahun,” titah baginda.
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now