Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
KUALA LUMPUR: Pihak bank perlu menerima persaingan yang dibawa evolusi teknologi kewangan (FinTech), bukannya takut untuk memperbaiki kedudukan masing-masing, kata Pengerusi CIMB Group Holdings Bhd, Datuk Seri Nazir Razak.
“Dalam kehadiran lebih banyak syarikat FinTech, bank-bank perlu bertindak balas.
“Dan responsnya bukan cuba mahu menghancurkan mereka, tetapi bersaing dengan mereka dan menunjukkan bahawa kita boleh menyampaikan nilai tambah kepada pelanggan,” kata Nazir di sisi Forum Ekonomi Dunia (WEF) ASEAN 2016 di sini, semalam.
Dengan memuji Bank Negara yang mengumumkan pelan untuk mengadakan rangka kerja kawal selia bagi menangani kebimbangan terhadap FinTech, Nazir berkata: “Kami memuji inisiatif Bank Negara. Ia baik untuk menetapkan rangka kerja pengawalseliaan bagi FinTech.”
Beliau berkata, industri kewangan harus menjadi industri yang dikawal selia demi memastikan keselamatan dan perlindungan yang sesuai bagi para pengguna.
Nazir merupakan salah seorang ahli panel yang mengambil bahagian dalam sesi “ASEAN dan Gambaran Yang Besar” di WEF ASEAN 2016.
Menurut Nazir, adalah penting bagi penggubal dasar untuk mencapai keseimbangan yang betul dalam menangani teknologi yang mencetuskan gangguan dan menggalakkan pertumbuhan keusahawanan.
“Kami mahu menyambut teknologi yang menimbulkan gangguan tetapi kami tidak mahu menerima dengan terbuka teknologi yang membawa kemusnahan,” kata beliau.
“Kita perlu menerima revolusi perindustrian yang keempat, dan dalam konteks itu, Kerajaan perlu membuat keseimbangan yang betul … ia perlu mencari jalan untuk menggalakkan usahawan, yang membolehkan mereka untuk mencabar perniagaan besar bagi mereka untuk berjaya dan mencipta nilai,” tambah beliau.
Revolusi Industri Keempat merupakan tema utama forum. Ia merujuk kepada gabungan teknologi yang dibina bersandarkan revolusi industri ketiga iaitu revolusi digital yang telah berlaku sejak pertengahan abad yang lalu.
Dalam pada itu, Profesor Ekonomi Antarabangsa Universiti Indonesia, Mari Elka Pangestu memberitahu, para pembuat dasar di ASEAN perlu mengambil langkah berhati-hati dalam menerima kedatangan revolusi perindustrian yang keempat.
“Kerajaan perlu mengambil pendekatan yang menyeluruh dalam dasar di peringkat nasional dan di ASEAN,” kata Mari semasa perbincangan panel.
“Ia adalah peranan mereka untuk memudahkan dan mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan teknologi dalam kawasan ini,” kata beliau.
Dalam nada yang sama, Nazir berkata: “Respons kerajaan yang betul adalah untuk menggalakkan dan membantu kita merealisasikan potensi kita yang lebih besar berbanding defensif dan terlalu melindungi.” – THE STAR NLINE
Nota: Bahan ini diterjemahkan dari berita asal yang disiarkan oleh The Star Online pada 3 Jun 2016.
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now