Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
KUALA LUMPUR: UOB melancarkan inisiatif kenaikan gaji dan pangkat untuk semua kakitangan yang layak di seluruh kumpulan pada Jun ini.
Inisiatif kenaikan gaji dan pangkat secara meluas ini akan merangkumi sehingga 98 peratus daripada jumlah keseluruhan kakitangan kumpulan di rantau ini termasuk Malaysia, China, Indonesia, Thailand dan Vietnam, namun tidak termasuk pengurusan kanan.
Ketua Sumber Manusia Kumpulan UOB, Dean Tong, berkata bank kekal berdaya tahan bermula dengan pemulihan pada akhir tahun lalu dan menunjukkan pertumbuhan baik melangkah ke tahun baharu.
"Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh ketabahan, semangat berpasukan yang teguh serta keazaman kakitangan kami.
"Di UOB, kakitangan didahulukan. Prinsip asas kami adalah untuk menjaga kesejahteraan kakitangan, justeru kami komited melakukan yang sebaiknya bagi memastikan keperluan profesional dan peribadi mereka dipenuhi.
"Melalui inisiatif kenaikan gaji dan pangkat pertengahan tahun ini, kami menunjukkan penghargaan kepada warga kerja yang memberikan prestasi terbaik setiap hari dalam menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan dan juga bank dalam tempoh yang sangat mencabar," katanya dalam satu kenyataan.
Dorongan UOB untuk melancarkan inisiatif ini pada pertengahan tahun, lebih awal daripada program tahunan pada akhir tahun, menandakan keyakinannya terhadap pemulihan ekonomi yang berterusan pada 2021.
Melalui inisiatif ini, UOB juga mengiktiraf usaha gigih seramai 26,000 tenaga kerjanya membantu pelanggan dan bank muncul lebih teguh daripada krisis COVID-19.
Di bawah pendekatan pampasan bayaran berasaskan prestasi UOB, kakitangan berprestasi tinggi di seluruh kumpulan akan menerima kenaikan gaji yang melebihi purata pasaran.
Kenaikan gaji ini juga adalah berikutan pembayaran awal bonus prestasi 2020 UOB yang diterima oleh kakitangan pada bulan lalu.
Sebagai sebahagian daripada pendekatan bayaran berasaskan jawatan di UOB, kenaikan pangkat pada pertengahan tahun akan diberikan kepada individu yang mempunyai skop pekerjaan lebih luas selain menjangkaui jangkaan prestasi sepanjang 12 bulan lalu.
UOB akan terus mengambil pendekatan yang berhemah dan berdisiplin untuk menguruskan perniagaannya, justeru, kajian semula pakej pampasan untuk pengurusan kanan akan dipertimbangkan pada fasa berikutnya.
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now