Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Mengikut dasar baharu itu, cuti paterniti berbayar dinaikkan daripada 3 hari bekerja berturut-turut kepada sebulan, menurut bank itu dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
KUALA LUMPUR: CIMB Bank Bhd memperkenalkan cuti paterniti berbayar selama sebulan kepada warga kerjanya di bawah dasar yang ditambah baik bagi membolehkan golongan bapa meluangkan lebih banyak masa bersama anak pertama mereka, dan berkongsi tanggungjawab dalam menyambut kelahiran baharu.
Mengikut dasar baharu itu, cuti paterniti berbayar dinaikkan daripada 3 hari bekerja berturut-turut kepada sebulan, menurut bank itu dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
Dasar itu, yang berkuat kuasa hari ini, merupakan pelengkap kepada Program Peremajaan Kakitangan, yang membenarkan warga kerjanya mengambil sehingga 6 bulan cuti tidak berbayar atas sebab peribadi, termasuk melanjutkan tempoh cuti bersalin dan cuti paterniti, dengan mengekalkan jawatan semasa atau kekananan mereka di syarikat itu.
Pendekatan tersebut adalah seiring usaha CIMB untuk terus mempertingkatkan kebajikan warga kerjanya melalui dasar kesaksamaan gender.
Ketua Pegawai Kakitangan CIMB Group, Datuk Hamidah Naziadin berkata, langkah itu adalah 1 lagi usaha untuk menunjukkan penghargaan CIMB kepada kakitangan.
“Ini merupakan 1 lagi inisiatif dalam menunjukkan penghargaan CIMB kepada warga kerjanya dengan memastikan mereka mendapat sokongan untuk mencapai keseimbangan kerjaya-kehidupan, sekali gus mempamerkan usaha keseluruhan kami bagi mengamalkan amalan terbaik global dalam pengurusan sumber manusia,” katanya.
Bagi menunjukkan komitmen CIMB terhadap kesejahteraan kakitangannya, CIMB sebelum ini memperuntukkan sehingga RM1 bilion bagi pinjaman perumahan tanpa faedah untuk tempoh pinjaman 5 tahun pertama serta banyak lagi manfaat lain, untuk membantu kakitangan berpendapatan rendah menguruskan tanggungjawab bulanan mereka.
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now