20hb April 2019 , Jalan Padang Tembak Pulau Pinang - Kehadiran tetamu kehormat Ahli Exco Belia & Sukan Pulau Pinang YB Soon Lip Chee dan Bekas Jaguh Badminton negara En. Ong Ewe Hock telah menyerikan Kejohanan Badminton NUBE Northern Region (PKP) 2019 pada hari ini. Kejohanan buat julung kalinya anjuran NUBE Northern Region ini telah berlangsung di Dewan Badminton (FRU) Jalan Padang Tembak dengan meriah dan jayanya serta kehadiran dan penyertaan yang amat memberangsangkan dari ahli-ahli NUBE NR.
Kejohanan yang bermula pada jam 8:00 pagi ini dimulakan dengan sesi Pendaftaran dan pemberian T-Shirt kepada peserta. Jamuan Ringan turut disediakan kepada kesemua peserta dan ahli-ahli NUBE oleh pihak Urusetia yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Cawangan, Sayap Wanita NUBE NR dan juga Ahli Jawatankuasa kerja NUBE NR.
Objektif Kejohanan adalah bagi mewujudkan hubungan silaturahim diantara Pemimpin NUBE NR dengan ahli-ahlinya selain memupuk nilai-nilai positif, meningkatkan ilmu hidup dan kesejahteraan seterusnya membentuk ahli-ahlinya yang berkualiti.
Kejohanan ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi NUBE Cawangan Northern Region (PKP), Sdr Abdul Jamil Bin Haji Jalaludeen merangkap Timbalan Presiden NUBE Malaysia. Sejurus itu, acara perasmian Kejohanan Badminton NUBE NR PKP telah disempurnakan oleh YB Soon Lip Chee selalu Ahli Exco Belia & Sukan Pulau Pinang.
Upacara penyampaian hadiah telah disampaikan oleh bekas Jaguh Badminton negara En. Ong Ewe Hock dan diiringi Seketariat NUBE Northern Region - PKP kepada pemenang.
Berikut adalah senarai pemenang bagi kategori Perseorangan Lelaki, Perseorangan Wanita dan Bergu Campuran :-
Perseorangan Lelaki
Tempat pertama
Nama: Sdr. Mohd Zuki Bin Yusoff (MBB TRADE FINANCE PENANG)
Wang Tunai RM500 bersertakan medal
Tempat Kedua
Nama : Sdr. Jefrul Amir B. Yusof (CIMB HUB PENANG)
Wang Tunai RM300 ber sertakan medal
Tempat Ketiga
Nama : Sdr. Lim Chung Yang (PBB SG PETANI)
Wang Tunai RM150 ber sertakan medal
Tempat Keempat
Nama : Sdr. Mohd Ikmal Bin Ismail (BIMB SP 1)
Wang Tunai RM150
Perseorangan Wanita
Tempat pertama
Nama: Sdri. Nurazreen Bt Jamaludin (PBB KUALA KETIL)
Wang Tunai RM500 bersertakan medal
Tempat Kedua
Nama : Sdri. Nurul Najwa Bt Nordin (CIMB BEACH STREET)
Wang Tunai RM300 ber sertakan medal
Tempat Ketiga
Nama : Sdri. Tang Li LI (PBB KUALA KETIL)
Wang Tunai RM150 ber sertakan medal
Tempat Keempat
Nama : Sdri. Site Nurul Adilla Bt Mohd Johar (CIMB GIOD PENANG)
Wang Tunai RM150 bersertakan medal
Bergu Campuran
Tempat pertama
Nama: Sdr. Hawari Bin Morat (BIMB SG LIMAU YAN) & Sdri Nor Shahrila Bt Aladdin (BIMB SP 1) Wang Tunai RM800 bersertakan medal
Tempat Kedua
Nama : Sdr. Nadunchalean A/P Nagapan & Sdri. Hafizah Bt Noruddin (CIMB BAYAN BARU)
Wang Tunai RM500 ber sertakan medal
Tempat Ketiga
Nama : Sdr. Mohd Izwan Bin Musa & Sdri. Sharlia Bt Wahab (MBB JURU AUTOCITY) Wang Tunai RM200 ber sertakan medal
Tempat Keempat
Nama : Sdr. Fadzli Bin Hussin (MBB BALIK PULAU) & Sdri. Nurmarjaan Bt Abdul Hamid (CIMB GIOD PENANG) Wang Tunai RM200 bersertakan medal
Diakhir Kejohanan, Sdr Abdul Jamil mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Chow Kon Yeow Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Soon Lip Chee Ahli Exco Pulau Pinang dan beberapa individu sukarela serta bank yang sudi menyumbang bagi menjayakan kejohanan ini. Acara penutup Kejohanan diakhiri dengan penyampaian hadiah cabutan bertuah dari Pihak Penganjur.
Syabas buat pihak Penganjur dan Sayap Wanita kerana telah memastikan program ini berjalan dgn lancar dan cemerlang. Tahniah buat semua pemenang dan peserta yang telah menunjukkan bakat masing-masing dengan semangat kesukanan, Fair play, disiplin, daya saing serta perjuangan melalui kejohanan ini.











To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now