Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
NUBE MENANG KES SAMAN FITNAH MAYBANK,
MAHKAMAH PERSEKUTUAN KEKAL KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN
3 Julai 2017
Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan, yang diputuskan pada bulan Ogos 2016, sekali gus mengetepikan saman fitnah Maybank terhadap Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) dan pegawai-pegawainya.
Keputusan sebulat suara ini menekankan bahawa peruntukan Seksyen 22(1) Akta Kesatuan Sekerja 1959 membolehkan NUBE dan ahli-ahlinya dikecualikan daripada liabiliti tort fitnah (torf of libel).
Mahkamah Persekutuan sebulat suara menolak permohonan Maybank untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan.
Untuk rekod, Maybank telah memfailkan lima permohonan berasingan bagi kebenaran untuk merayu di Mahkamah Persekutuan terhadap kesemua lima keputusan Mahkamah Rayuan. Saman fitnah telah dibawa oleh Maybank terhadap NUBE dan para pegawainya berhubung penerbitan risalah dan dua artikel di laman web Kesatuan.
Mahkamah juga memutuskan tidak ada sebarang kekaburan dalam Seksyen 22(1) Akta Kesatuan Sekerja 1959, di mana suatu saman terhadap kesatuan sekerja atau mana-mana anggota atau pegawainya, bagi pihak diri mereka dan semua ahli-ahli lain kesatuan sekerja itu berkenaan dengan sesuatu tort yang dikatakan telah dilakukan oleh atau bagi pihak kesatuan sekerja tidak akan dilayan oleh mana-mana mahkamah.
Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini diputuskan oleh tiga hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tan Sri Dato’ Seri Md Raus Sharif. Dua lagi hakim ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha, secara sebulat suara mengetepikan kesemua lima permohonan Maybank dengan kos RM20,000.
NUBE menyambut baik keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini di mana keputusan ini menjamin hak-hak asas kesatuan dan pekerja negara ini dalam melindungi kepentingan mereka.
Malah, ia merupakan satu keputusan penting bagi pembangunan pergerakan kesatuan sekerja di negara ini, untuk berfungsi secara bebas tanpa rasa takut dan gementar.
Keputusan ini adalah pengesahan semula yang positif bagi kesatuan sekerja di negara ini dan kebebasan mereka untuk berjuang demi keadilan bagi ahlinya, para pekerja dan institusi serta kepentingan negara pada keseluruhannya.
NUBE dan pegawai-pegawainya diwakili oleh Dato’ Ambiga Sreenevasan dan Alex De Silva manakala Tan Sri Cecil Abraham, Dato Thavalingam Thavarajah, S Rutheran dan Sunil Abraham bertindak bagi pihak Maybank.
J SOLOMON
SETIAUSAHA AGUNG
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now