Grassroot SMJ 2024
Main bermain sampai ke magrib,
Walaupun main tak lupa solat,
Menuntut ilmu hukumnya wajib,
Mari belajar sepanjang hayat.
Rumah dahulu banyak tempayan,
Nampak banyak bersusun rapat,
Menuntut ilmu dari buaian,
Sampai pulak ke liang lahat.
Begitulah maksud pantun di atas. Proses pembelajaran akan berterusan hingga ke akhir hayat. Dari kesedaran inilah seramai 26 peserta NUBE SMJ telah menghadiri seminar ‘Grassroot’ untuk tahun 2024 berlangsung selama 2 hari di Bandaraya Johor Bharu.
Tepat jam 9.00 pagi sesi pembelajaran bermula dengan pelbagai pengisian ilmiah untuk para peserta dan berakhir pada jam 10 malam. Antara aktiviti yang dilakukan termasuklah aktiviti di kolam.
Sedikit kelainan telah dilakukan untuk seminar kali ini dimana pihak tenaga pengajar telah memperbanyakkan aktiviti kerja kumpulan bertujuan menggalakkan kerjasama dikalangan peserta dan mengasah bakat kepimpinan dikalangan mereka.
Hari ke 2
Program bermula jam 6.30 pagi. Semua peserta telah diberi taklimat untuk aktiviti senaman pagi ini. Berakhir jam 7.00 pagi semua peserta bergerak ke dewan makan seterusnya membuat persiapan untuk memulakan seminar jam 9.00 pagi.
Semua peserta menunjukkan minat dalam sesi pembelajaran pada pagi ini. Seterusnya sikap bekerjasama dalam pasukan diterapkan dalam beberapa aktiviti.
Walaupun jadual pembelajaran sangat padat, kesemua peserta menunjukkan kesungguhan dan semangat yang luar biasa dalam proses pembelajaran. Semangat mereka kian marak apabila tenaga pengajar berkongsi pengalaman dan ilmu mereka kepada para peserta. Antara topik yang dikongsikan adalah seperti Grievance Procedure, struktur dan sejarah NUBE, tanggung jawab sebagai ahli diantara banyak topik dikongsikan.
Tenaga pengajar untuk seminar grassroot SMJ kali ini ialah Saudara Tan Eng Hong, Saudari Evelyn Chan dan Saudara Kamarudin Bujang.
Seminar ‘Grassroot’ NUBE SMJ melabuhkan tirai dengan sesi dialog bersama Setiausaha Agong NUBE Malaysia Saudara J Solomon.
Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Terima kasih hadirnya tuan,
Didalam hati terkenang selalu.
Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah kita menumpang mandi,
Kalau bertaut kasih dan sayang,
Dilain masa kita bertemu lagi.
#NUBESMJ2024 #GrassrootSeminar #BelajarSepanjangHayat #KerjasamaTim #Kepimpinan #PembelajaranBerterusan #NUBE #SemangatPembelajaran #PantunNUBE #Seminar2024











To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now