Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
NUBE SARAN KEMENTERIAN KESIHATAN SEMAK SEMULA KAEDAH PELAPORAN HARIAN STATUS KES COVID-19 BAGI MENGELAKKAN KEKELIRUAN DALAM KALANGAN RAKYAT
Sempena sambutan Hari Malaysia 2021, Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) mengucapkan penghargaan dan jutaan terima kasih atas pengorbanan kakitangan barisan hadapan dalam pertarungan kita menghadapi pandemik COVID-19 sepanjang 20 bulan yang lalu. Semoga segala pengorbanan mereka akan terus diberkati dan NUBE juga mendoakan agar negara akan bebas daripada pandemik tidak lama lagi.
Di sebalik usaha-usaha yang sedang diambil untuk menangani pandemik ini, sejak awal minggu ini NUBE mendapati pihak media menyiarkan set data yang berbeza mengenai jumlah kes jangkitan harian terkini antara satu sama lain, sehingga menimbulkan pelbagai persoalan mengenai ketepatan data. Perbezaan dalam laporan mereka dipercaya berpunca daripada kelainan dalam maklumat yang diperoleh daripada Kementerian Kesihatan.
Penelitian NUBE mendapati bahawa terdapat tiga atau empat data yang boleh diperoleh setiap hari ini. Pertama statistik yang dikeluarkan menerusi portal terkini COVIDNOW, yang lazimnya muncul menjelang tengah hari setiap (berdasarkan data jam 11.59 tengah malam hari sebelumnya), manakala kedua catatan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah yang dikeluarkan menerusi media sosial beliau dan satu lagi kenyataan media Kementerian Kesihatan pada sebelah petang setiap hari (berdasarkan data setakat 12 tengah hari).
Pada pandangan NUBE, kewujudan pelbagai set data mengenai status kes COVID-19 di Malaysia, yang boleh mengeliirukan orang ramai yang sudah pun berhadapan dengan siri tekanan ekoran krisis kesihatan ini yang terus berpanjangan.
Walau apa bentuk ata atau statistik yang hendak digunakan, ia seharusnya sesuatu yang konsisten bagi membolehkan setiap pengguna data hanya memperoleh maklumat yang tepat dan tidak mengelirukan sesiapa, terutama pihak media yang sentiasa berusaha untuk menyediakan maklumat terkini kepada orang ramai. Oleh itu, NUBE menyarankan Kementerian Kesihatan menggunakan satu kaedah yang seragam, yang digunakan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV), dalam menyediakan maklumat terkini yang konsisten atau kita kembali kepada kaedah yang pernah digunakan oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini.
Malaysia telah memperuntukkan dana yang besar untuk pembangunan teknologi maklumat bagi tujuan mengumpulkan data. Kita kadang-kadang menerima angka lama yang dibawa ke hadapan atau 'backlogs cases', dan bukannya berdasarkan butiran 12 tengah malam atau tengah hari. Ini membingungkan rakyat sehingga menimbulkan persoalan sama ada angka yang diberikan kadang-kadang boleh dipercayai dan diterima.
Kerajaan masa lalu telah berkompromi dari segi ketelusan dan juga dari segi teras kepercayaan.
Kami berharap kerajaan pada hari ini tidak akan berkompromi dari ketelusan dan konsistensi dalam pentadbiran mereka jika tidak, asas kepercayaan rakyat tidak dapat dipertahankan.
Sehubungan dengan itu, NUBE berharap Kementerian Kesihatan akan memilih satu kaedah yang konsisten dan seragam, tidak kira bila tarikh akhir pelaporan, sama ada tengah malam tarikh pelaporan (11.59 malam) atau satu masa tertentu pada hari pelaporan (12 tengah hari setiap), supaya maklumat-maklumat yang dikeluarkan tidak mengelirukan dan menimbulkan pelbagai persoalan mengenai aspek keseragaman data yang terkini.
NUBE tidak pasti sama ada Kementerian Kesihatan kini dalam proses menyelaraskan kaedah pelaporan data harian. Pun begitu, NUBE berharap Kementerian Kesihatan akan menyemak semula kaedah pelaporan semasa bagi memudahkan orang ramai memperoleh maklumat terkini dan mengelakkan persepsi negatif mengenai proses pelaporan harian semasa.
J SOLOMON
SETIAUSAHA AGUNG
KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA-PEKERJA BANK (NUBE)
16 SEPTEMBER 2021
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now