Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
KUALA LUMPUR: Persetujuan untuk melaksanakan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) bukti kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap nasib pekerja yang diberhentikan. Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdul Halim Mansor, berkata keputusan itu nyata ditunggu-tunggu pihaknya, apatah lagi selepas tiada pembelaan diberi majikan terutama apabila berlakunya pembuangan pekerja. Beliau berkata, ia juga menunjukkan komitmen sebenar kerajaan dan bukti keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam memastikan ada pembelaan dibuat terhadap kumpulan pekerja ini. “Ini adalah apa yang MTUC perjuangkan sejak tahun 2000 lagi. Selepas pelbagai usaha dan perbincangan dilakukan, akhirnya pada 2010 ia mula diteliti dan dikaji oleh kerajaan. “Dari segi jangka masa, ia mungkin mengalami kelewatan, tapi sekurang-kurangnya inisiatif ini sudah pun dimulakan dan berjaya untuk dilakukan,” katanya ketika dihubungi BH. Beliau berkata, MTUC sangat menyokong keputusan ini, malah ia boleh dianggap sebagai satu penyelesaian jangka pendek yang dibuat kepada kumpulan pekerja diberhentikan. “Sekurang-kurangnya mereka (pekerja) yang diberhentikan, mereka masih diberi pampasan tertentu yang boleh digunakan untuk jangka masa singkat, sebelum memperoleh pekerjaan yang baharu. “Keputusan ini juga perlu dilihat positif. Sebelum ini apabila pemberhentian pekerja dibuat majikan, tidak kira apa sebab dan puncanya, pekerja ini seolah-olah tiada pembelaan, sehingga akhirnya menjejaskan masa depannya,” katanya. Justeru, beliau mahu semua pihak memberi peluang kepada agensi kerajaan yang terbabit serta kebijaksanaan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat untuk merangka inisiatif itu berdasarkan peruntukan perundangan sedia ada. “Biarlah Ahli Parlimen membahaskan dan meluluskan pelaksanaan inisiatif ini. Mereka akan menentukan bagaimana ia akan dirangka dan disusun bagi memastikan pelaksanaannya kelak bersifat menyeluruh dan mencapai matlamatnya,” katanya. Najib dalam kenyataannya semalam memaklumkan bahawa kerajaan bersetuju melaksanakan SIP yang bakal dinikmati 6.5 juta pekerja tempatan dalam sektor swasta dengan jangkaan bayaran faedah boleh dibuat mulai 1 Januari 2019. Pelaksanaan SIP yang menjadi jaringan keselamatan sosial akan dibiayai melalui caruman daripada pekerja dan majikan dengan dana SIP akan ditadbir urus oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now