Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
NUBE amat kesal dengan sikap acuh tidak acuh Bank Negara Malaysia (BNM) bersabit tindakan HSBC Malaysia mengeksport ratusan pekerjaan pekerja tempatan ke Hyderabad, India dan Sri Lanka serta vendor tidak berkesatuan di Cyberjaya lebih-lebih lagi dalam era Malaysia Baru.
HSBC Bank sebelum ini dengan angkuh memberitahu pekerja bahawa skim pengeksportan atau ‘outsourcing’ pekerjaan yang dilakukan oleh pekerja Malaysia itu diluluskan oleh BNM.
Pada 23 November lalu, NUBE menulis kepada BNM untuk mengesahkan sama ada dakwaan HSBC benar atau sebaliknya. Bagaimanapun, BNM tidak memberi sebarang jawapan.
Pada 28 November 2019, NUBE sekali lagi menghantar surat memohon pengesahan berkenaan ke ibu pejabat BNM serta cawangannya di Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Hanya petang 9 Disember 2019, Bank Negara memberi jawapan. Jawapan itu berbentuk mengelak serta mengecewakan. BNM sekadar meminta NUBE untuk menyelesaikan apa-apa pertikaian mengenai skim pengkesportan kerja oleh HSBC Malaysia dengan bank itu sendiri.
Jurucakap bank itu memaklumkan bahawa BNM tidak akan memberi sebarang komen tentang tindakan individu mana-mana institusi perbankan. BNM hanya berkata institusi kewangan yang menjalankan outsourcing’ dikehendaki memenuhi dasar-dasar tertentu termasuk menilai kesan tindakan itu terhadap pekerjaan kakitangan terbabit dan kapasiti bakat dalam bank selain menjamin perlindungan dan integrity data pelanggan.
Jawapan ringkas itu mencerminkan sikap sambil lewa BNM terhadap nasib pekerja HSBC. Sebagai bank pusat, BNM mempunyai tanggungjawab untuk melindungi kebajikan pekerja.
Sebaliknya, BNM jelas bersikap lepas tangan apabila meminta NUBE berurus secara bersendirian dengan HSBC Malaysia dalam menangani isu berkenaan.
Sudah TERANG LAGI BERSULUH bahawa outsourcing dan pengeksportan pekerjaan HSBC Bank memudaratkan kebajikan pekerja Malaysia dan jelas melanggar dasar-dasar yang dinyatakan sendiri oleh BNM dalam surat jawapannya kepada NUBE.
Justeru, kenapa BNM masih engkar mengambil sebarang tindakan terhadap HSBC Bank?
Dalam suratnya, BNM juga membisu tentang isu akses sistem komputer pekerja bank dicerobohi oleh pihak yang tidak dikenali dengan restu HSBC Malaysia.
Bank Negara HARUS TAMPIL MEMBERI PENJELASAN terhadap tindakannya meluluskan langkah HSBC Bank mengeksport lebih 200 pekerjaan warga tempatan ke luar negara yang jelas akan memudaratkan pekerjaan pekerja Malaysia.
NUBE akan terus berusaha untuk menarik perhatian Bank Negara ke atas isu ini kerana selaku bank pusat, BNM wajib melindungi kepentingan pekerja Malaysia.
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now