Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Insuran Berkelompok Hospital & Pembedahan NUBE/AIA untuk pasangan serta anak-anak ahli telah bermula semenjak tahun 2014, telah diteruskan sehingga ke tahun 2018 dengan kenaikan harga premium hanya sekali sahaja.
Pada bulan Disember 2018, AIA memaklumkan kepada kami bahawa kadar tuntutan bagi tahun 2018 telah meningkat kepada 88% berbanding 72% pada tahun 2017 kerana kesan daripada kenaikan kos perubatan dan jumlah ahli yang mendaftar. Berikutan kenaikan kos itu, AIA telah membuat keputusan untuk meningkatkan premium setiap ahli daripada RM 1007.00 (RM 950.00 + GST [semasa diperuntukkan]) kepada RM 1,259.04 + 6% SST menjadikan jumlah premium terkini berjumlah RM 1,334.58. Ini adalah peningkatan harga sebanyak 32.5% sebelum 6% SST.
Lanjutan daripada perkara tersebut diatas, kami terpaksa memaklumkan kepada anda bahawa kami tidak dapat memperbaharui Insuran Kemasukan ke Hospital & Pembedahan untuk keluarga sehingga kami rundingkan harga premium tersebut, yang mana kami yakin boleh diselesaikan dalam bulan Januari 2019.
Kami faham kesulitan yang bakal dihadapi oleh para ahli, namun pada pendapat kami, peningkatan harga sebanyak RM 1334.58 adalah terlalu tinggi walaupun kami telah berjaya untuk meningkatkan peruntukan perubatan keluarga daripada RM 1,800.00 kepada RM 2,000.00 setahun dalam Perjanjian Kolektif baru-baru ini.
Oleh yang demikian, bagi mereka yang perlu memperbaharui skim insuran mereka pada bulan Januari 2019 sahaja; jika berlaku sebarang kejadian kecemasan yang melibatkan ahli keluarga anda, anda dinasihatkan untuk membayar dulu kos perubatan tersebut, buat masa ini.
Di dalam rundingan yang sedang berlangsung kini kami turut membincangkan pembayaran semula kos perubatan yang telah dibayar oleh anda atau reimbursement, apabila polisi baru dikuatkuasakan. Ini tetakluk kepada syarat-syarat berikut:
1. Kos yang dikeluarkan ialah untuk tujuan perubatan/pembedahan di panel hospital AIA/NUBE (senarai nama hospital adalah dilampirkan);
2. Kos dihadkan pada RM20,000
3. Kos untuk perubatan penyakit serius dan kecemasan/kemalangan atau berdasarkan nasihat pakar serta sebarang kemasukan ke hospital yang diperlukan dan
4. Anda memperbaharui polisi perlindungan untuk ahli keluarga anda bagi tahun 2019;
Kami yakin anda yang melanggan polisi ini faham akan manfaat perlindungan yang diperolehi maka, kami meminta kerjasama anda dalam perkara ini supaya kami dapat membawa keputusan yang terbaik untuk anda.
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now