Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Jakarta 01 Oktober 2022 - Perjumpaan bersemuka antara dua kesatuan yang setelah dua tahun lamanya terpisah akibat pandemik Covid 19 membuahkan hasil yang amat bermakna buat kedua-dua kesatuan ini. Hubungan erat di antara dua kesatuan NUBE dan Union Serikat Pekerja Standard Chartered Bank Indonesia yang disambut baik oleh Sdr Ichwanul Akbar President Union Serikat Pekerja Standard Chartered Bank Indonesia ini adalah bukti bahawa solidariti antara dua negara ini adalah teguh.
Perjumpaan ini juga turut dihadiri oleh Presiden Ketua Umum Federasi Pekerja Bank Dan Fintech Indonesia (IBUF) Sdr J Frans Gultom, Setiausaha Agung Federasi Pekerja Bank Dan Fintech Indonesia (IBUF) dan Pengerusi CIMB Niaga plant level Sdr Jamil Sobir S.Kom dan Sdri Wahyuni Indrijanti yang merupakan Bendahara Federasi Pekerja Bank Dan Fintech Indonesia (IBUF).
Mereka juga telah diiringi oleh Sherley Lusje Wetik, S.E., S.H. Agus Suwargi, S.H., M.H., Budiman Setyo Wibowo, S.H., S.A.P. dan Johanes Sukardi Tjie yang juga merupakan ahli Federasi Pekerja Bank Dan Fintech Indonesia (IBUF) serta Sdr Irsyad Pegerusi Danamon Bank plant level.
Perjumpaan solidariti yang penuh dengan keharmonian di antara NUBE dan kesatuan Bank Indonesia ini semua adalah hasil dari usaha baik dan murni daripada seorang sahabat karib NUBE yang telah lama bersama-sama NUBE iaitu Sdr Indra Yana yang lebih dikenali dengan panggilan mesra Pak Indra dari BPJS Kesehatan Republic Of Indonesia. NUBE amat menghargai hasil niat murni dan solidariti beliau terhadap NUBE.
Perjumpaan ini telah dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Sec Gen Stan Chart dan ucapan pembukaan daripada President of Stan Chart, diikuti oleh Timbalan Presidan NUBE Sdr Jamil dan Setiausaha Agung NUBE Sdr J Solomon. Pelbagai intipati perbincangan telah diutarakan dan cadangan-cadangan yang dikongsikan dalam memperkukuhkan lagi kesatuan dalam menempuh cabaran di dalam global ekonomi yang semakin mencabar ini. Sebelum ini, NUBE telah mengikuti pelbagai program bersama dengan Union Serikat Pekerja Standard Chartered Bank Indonesia di peringkat antarabangsa.
Di dalam perkongsian matlamat kesatuan, kami juga dikhabarkan dengan pengkhabaran duka dari pihak mereka berkenaan kehilangan salah seorang pejuang malah merupakan rakan karib NUBE Almarhum Hendrita Harahap mantan Sec Gen Serikat Pekerja Standard Chartered.
Kami dari keluarga besar NUBE amat merasa kehilangan dan berduka serta mengucapkan takziah buat keluarga Almarhum Hendrita Harahap dan seluruh ahli Union Serikat Pekerja Standard Chartered Bank Indonesia. Salam takziah & terima kasih sahabat NUBE.
Al-Fatihah.
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now