Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
16.7.2022, Georgetown, Pulau Pinang - NUBE Northern Region PKP telah menganjurkan program “Grassroot Level Seminar” di Union House NUBE NR-PKP.
Objektif Seminar ini adalah untuk memperkasakan ahli-ahli bagi memahami tentang Latar belakang Sejarah, Struktur, Perjanjian Kolektif, peranan, hak dan tanggungjawab mereka sebagai ahli Kesatuan NUBE.
Para peserta yang hadir merakamkan rasa bersyukur kerana diberi peluang untuk menimba ilmu pengetahuan dan sekaligus mengenali dengan lebih mendalam berkaitan dengan sejarah dan perjuangan NUBE sejak ditubuhkan. Mereka juga dapat memahami apakah perjuangan yang NUBE juangkan buat mereka serta apa tanggungjawab mereka sebagai ahli dalam NUBE bagi sama-sama memartabatkan hak hak kaum pekerja.
Seminar telah dikendalikan oleh Tenaga Pengajar Kebangsaan, Sdr Chee Yeeh Ceeu dan Biro Pendidikan Sdri Siti Haryati Bt Kamal dan Sdr Mohamad Rizal Othman telah mengendalikan sesi interaksi bersama ahli yang mana telah mendapat sambutan yang sangat baik. Rata rata ahli yang hadir seminar pada hari ni sangat positif dan bersemangat.
Pada penghujung seminar, Sdr Abdul Jamil Haji Jalaludeen, Timbalan Presiden NUBE Malaysia merangkap Pengerusi cawangan NUBE Northern Region - PKP dalam konteks ucaptamanya telah menerapkan semangat solidariti dalam kesatuan dan semoga ahli-ahli yang hadir dapat memanfaatkan ilmu pengetahuan yang telah diperolehi. Beliau juga memberi penekanan ahli-ahli perlu sedar bahawa segala manfaat dan faedah diperolehi adalah kerana NUBE mempunyai kepimpinan yang senantiasa memperjuangkan dan memartabatkan kaum pekerja yang diterajui oleh Setiausaha Agung NUBE Sdr J Solomon.
Beliau juga mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan tahniah buat Biro Pendidikan yang diketuai oleh Sdri Siti Haryati Kamal dan dibantu oleh Sdr Mohamad Rizal Othman bagi memastikan program berjalan dengan lancar dan berjaya.
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now