Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
MBSB Bank mengenakan Polisi Kod Pakaian yang kononnya merupakan garis panduan kod pakaian profesional. Ini adalah satu lagi contoh penyalahgunaan kuasa oleh Pengurusan Tertinggi MBSB Bank.
MBSB juga telah mendakwa bahawa 'pakaian profesional' yang dikatakan itu adalah mengikut Perjanjian Kolektif MCBA/NUBE. Ini merupakan satu lagi pembohongan terang-terangan!
Perjanjian Kolektif hanya menyatakan bahawa pekerja hendaklah berpakaian betul, kelihatan kemas dan rapi, bukan berpakaian profesional.
Contoh tuntutan yang dilakukan dengan sewenang-wenangnya oleh pengurusan tertinggi di MBSB adalah, pekerja:
1. Tidak boleh memakai baju berjalur dan/atau warna gelap.
2. Tidak boleh memakai baju dengan cetakan, ini bermaksud baju batik yang menjadi kebanggaan negara juga tidak dibenarkan. Ini menghalang hak pekerja untuk memakai salah satu daripada pakaian tradisi Malaysia.
3. Baju lengan pendek hanya boleh dipakai pada hari Khamis/Jumaat dan baju ini mesti di selit ke dalam.
4. Tidak boleh memakai selipar/sandal/ kasut sarung, kasut sukan, but getah atau kasut terbuka. Ini tidak selaras dengan norma penggunaan sandal/selipar sebagai pilihan untuk ke masjid (oleh rakan-rakan beragama Islam) atau semasa dalam perjalanan dengan kereta/motorsikal.
5. Tidak boleh memakai sebarang seluar jean.
Pihak pengurusan tertinggi MBSB malah melakukan tindakan terkutuk iaitu mengugut pekerja yang memakai sandal/selipar dengan mendakwa mereka tidak akan dibenarkan masuk masuk ke tempat kerja dan akan dikenakan tindakan tatatertib.
Kesetiaan pengurusan tertinggi MBSB kepada negara dan profesionalisme mereka nampaknya terumbang-ambing. Mereka mesti terlebih dahulu menyelitkan dengan lebih terperinci maksud sebenar kesetiaan dan profesionalisme dalam fikiran mereka, sebelum mendesak pekerja menyelitkan baju mereka ke dalam.
MBSB juga mesti menyediakan wang di mana diperlukan, jika mereka mahu cakap serupa bikin serta sediakan pakaian yang dituntut untuk dipakai oleh pekerja dalam empat (4) set; jika tidak, ia adalah satu lagi perbuatan oleh 'Pembohong Bersiri".
Kami menasihatkan semua ahli NUBE di MBSB supaya mematuhi Perjanjian Kolektif MCBA/NUBE yang secara jelas menyatakan bahawa kami perlu berpakaian dengan betul dan kemas serta rapi dan oleh itu sebarang garis panduan kod pakaian lain yang ingin dikenakan MBSB, mestilah dirundingkan terlebih dahulu dengan NUBE. Pengurusan atasan MBSB tidak boleh secara sepihak dan sewenang-wenangnya memutuskan Kod Pakaian yang mereka rasa perlu.
Pengurusan tertinggi MBSB mesti belajar menghormati setiap insan. Mereka tidak boleh cuba memperhambakan kita dengan pakaian yang kita pakai. Mereka juga tidak boleh mengganggu hak kita untuk berpakaian mengikut kehendak kita selagi kita berpakaian dengan betul, kemas dan rapi.
BerSama-sama, kita menjadikannya lebih baik untuk semua.
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now