Dengan rasa penuh kesyukuran berserta harapan yang mendalam demi penyelesaian isu Bantuan Perayaan buat kita, warga NUBE, Cawangan NUBE PKP, PERAK & SMJ mengundang semua ahli daripada cawangan masing-masing untuk menghadiri acara Solat Hajat dan Doa yang akan diadakan bersama-sama selepas Solat Maghrib, diikuti dengan Majlis Iftar.
Khusus dalam Solat Hajat ini, kita akan mengemukakan doa kepada Allah SWT agar kita di rahmati kekuatan, keazaman dan dedikasi menuju an kemenangan dalam perjuangan kita untuk mendapatkan hak Bantuan Perayaan (FA) satu bulan gaji penuh untuk semua warga NUBE sebelum Hari Raya.
Solat Hajat ini adalah untuk menyampaikan hajat telus ikhlas, semoga Allah SWT membuka hati pihak pengurusan tertinggi bank-bank agar memberikan hak FA satu bulan penuh kepada semua warga NUBE Hari Raya tanpa sebarang amalan diskriminasi.
Kita mohon bank-bank berlaku adil, menghormati hak kita dan berkongsi dengan kita sececah daripada keuntungan bank yang datangnya daripada sumbangan kita, untuk meringgankan beban kos yang semakin tinggi dan memberi kita peluang merayakan AidilFitri tanpa tekanan kewangan dan berkongsi rezeki kita bersama keluarga tercinta.
Solat Hajat ini juga memberi kita peluang keberkatan berbuka puasa bersama, dan menjadi wadah untuk sama-sama berdoa memohon keampunan, rahmat, dan kemenangan dalam perjuangan kita.
Tarikh: 4hb April 2024
Masa: Majlis bermula pukul 6.30 malam
Lokasi Majlis:
Cawangan PKP
Pusat Jagaan Insan Berkat, 73D Kg Telok, Sg Layar, 08000 Sg Petani Kedah
Cawangan PERAK
NUBE UNION HOUSE, IPOH, PERAK
Cawangan KLSP
Dewang PC Gomez, Tingkat 1, 12 NUBE House
Cawangan SMJ (dua tempat)
Surau Alwahdah, Tmn Muzaffar Heights, Air Keroh, 75450 Melaka
dan,
19, Jalan Seri Austin 1/24, Taman Seri Austin, 81100 Johor Bahru, Johor.
Mari kita satukan hati dan jiwa raga kita untuk Solat Hajat yang bersejarah ini demi kemenangan perjuangan kita yang hakiki. Kehadiran dan doa bersama kita bersama amat bermakna demi kejayaan kita.
Bersatu, kita teguh; bercerai, kita roboh.
Bersama, kita menciptakan masa depan yang lebih cerah dan adil.
#NUBEBersatu #IftarNUBE2024 #SolatBerjemaahNUBE #DoaKemenangan #RahmatRamadhan #HakFAHariRaya #BankTakIkhlas











To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now