Anjuran Kepimpinan Wanita NUBE NR
Bukit Mertajam, 28hb Oktober 2017 – Kejohanan Bowling NUBE Northern Region PKP telah berlangsung dengan meriahnya hari ini. Kejohanan yang diadakan di Ole Ole Superbowl Mydin Mall Bukit Mertajam telah dihadiri seramai 200 ahli NUBE serata zon Penang,Kedah dan Perlis. Sesi pendaftaran peserta telah bermula pada jam 9:00 pagi dan edaran jamuan ringan juga telah disediakan bagi semua yang hadir.
Kejohanan yang dikendalikan oleh Women Leadership NUBE NR PKP dan dibantu oleh Barisan Secretariat serta Ahli Jawatankuasa NUBE NR PKP ini telah dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan oleh Pengerusi majlis Sdri Nurul Fasihah dan dibantu oleh Sdri Suhaili diikuti dengan bacaan doa oleh Sdr Muhammad Ayup.
Upacara perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh Pengerusi Cawangan NUBE PKP NR merangkap Timbalan Presiden NUBE Malaysia Sdr Abdul Jamil Bin Haji Jalaludeen. Sejurus selepas itu Sdr Abdul Jamil telah dijemput untuk membuat lontaran utama bola Bowling sebagai satu simbolik Kejohanan bermula.
Kesemua pasukan telah bermain sebanyak tiga pusingan dan mereka telah bermain dengan penuh semangat kesukanan dan solidariti. Mereka juga sempat mengambil peluang untuk beramah mesra diantara satu sama lain sepanjang kejohanan ini. Cabutan bertuah bagi semua para hadirin juga telah diadakan dipenghujung acara.
Berikut adalah senarai nama pemenang dan hadiah yang telah disediakan buat para pemenang
Pemenang Individu Pin-fall tertinggi Lelaki:-
* Tempat Pertama RM200 + Trofi : Sdr Chew Hong San dari Public Bank Bhd Sg Petani (460 Jatuhan Pin)
* Tempat Kedua RM150 + Trofi : Sdr Kamal Hadi dari CIMB Butterworth (460 Jatuhan Pin)
* Tempat Ketiga RM120 + Trofi : Sdr Mohd Iqbal dari MBB Kulim & Sdr Lim Chun Yang dari Public Bank Berhad Sg Petani (445 Jatuhan Pin)
Pemenang Individu Pin-fall tertinggi Perempuan :-
* Tempat Pertama RM200 + Trofi : Sdri Halimatun Bt Abd Malik dari MBB Kulim (423 Jatuhan Pin)
* Tempat Kedua RM150 + Trofi : Sdri Baizurah Basri dari Affin Bank Jitra (413 Jatuhan Pin)
* Tempat Ketiga RM120 + Trofi : Sdri Zamaniah Hanafiah dari MBB Langkawi (399 Jatuhan Pin)
Pemenang Berkumpulan :-
* Tempat Pertama RM200 + Trofi : Maybank Berhad Kulim (1635 Jatuhan Pin)
* Tempat Kedua RM150 + Trofi : Maybank Berhad Langkawi (1627 Jatuhan Pin)
* Tempat Ketiga RM120 + Trofi : Public Bank Berhad Sg Petani (1582 Jatuhan Pin)
NUBE Northern Region PKP yang diwakili sendiri oleh Pengerusi Cawangan Sdr Abdul Jamil mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua para peserta Kejohanan dan Ahli NUBE NR PKP yang telah hadir menjayakan program kesukanan ini dengan jayanya.
Tidak lupa juga, Sdr Jamil ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Kerajaan Pulau Pinang, pihak Bank dan pelanggan Bank diatas sumbangan penajaan yang telah diberikan bagi menjayakan kejohanan ini.











To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now