Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan satu sindiket penipuan tawaran kerja melalui platform e-dagang dengan penahanan 20 individu dalam serbuan di tiga premis di sekitar ibu kota Isnin lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Mohd Mahidisham Ishak, berkata dalam serbuan pada 5 petang itu, pihaknya menahan 15 lelaki dan tiga wanita tempatan, serta seorang lelaki dan seorang wanita warganegara China, dan merampas 19 komputer riba serta 147 unit telefon bimbit.
“Modus operandi sindiket ini ialah mengiklankan tawaran kerja melalui aplikasi WhatsApp, dan mangsa yang berminat dengan tawaran kerja berkenaan kemudian diarahkan oleh sindiket ini membeli barangan di platform e-dagang dan dijanjikan komisen bagi setiap pembelian.
“Mangsa seterusnya diarah memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank yang diberikan oleh sindiket ini bagi pembelian barangan itu dan sindiket ini kemudiannya akan menghilangkan diri,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata, semua individu itu direman hingga Sabtu ini dan kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Mohd Mahidisham berkata, statistik polis menunjukkan sejak Mac hingga 15 Jun lepas sebanyak 33 kertas siasatan dibuka berkaitan kes penipuan tawaran kerja menggunakan platform e-dagang dengan kerugian dianggarkan RM394,064.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai lebih berhati-hati dan mengambil langkah pencegahan dengan tidak mendedahkan identiti diri kepada individu yang baru dikenali, memeriksa latar belakang syarikat yang menawarkan pekerjaan serta membuat semakan akaun bank sebelum melakukan transaksi.
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now