Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menyokong supaya pinjaman perumahan tanpa faedah diberikan kepada anggota Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) yang berpendapatan rendah dan sederhana, seperti yang dicadangkan kesatuan itu.
Timbalan Presiden FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman, memberitahu Bernama hari ini, industri perbankan sewajarnya mempertimbangkan cadangan itu sebagai tanggungjawab sosial korporat dan menyediakan kemudahan berkenaan kepada pekerjanya.
Beliau berkata langkah pemberian pinjaman tanpa faedah itu turut akan memberi galakan kepada pekerja untuk bekerja lebih gigih dan meningkatkan produktiviti mereka, sekaligus memberi manfaat kepada bank.
Pembayaran semula pinjaman perumahan merupakan komponen utama daripada perbelanjaan bulanan pekerja dan sekiranya boleh dikurangkan, ia akan membantu mereka bagi tempoh yang lama.
NUBE menyerahkan cadangan itu kepada Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia melalui Persatuan Bank-bank Perdagangan Tanah Melayu baru-baru ini.
Ia turut mahu bank menyediakan pinjaman penuh bagi kediaman berkos antara RM300,000 dan RM500,000, serta menyerap bayaran undang-undang dan lain-lain.
Mohd Yusof berkata majikan sektor swasta lain sewajarnya turut mempertimbangkan skim seperti itu untuk pekerja mereka.
“Jika mereka tidak dapat menyediakan pinjaman perumahan tanpa faedah, sekurang-kuranya mereka dapat memberi subsidi seperti yang dilakukan kerajaan untuk 1.6 juta kakitangannya,” katanya.
Kakitangan awam membayar empat peratus faedah bagi pinjaman perumahan masing-masing.
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, yang mewakili lebih 500,000 pekerja sektor swasta dan awam, turut menyokong cadangan berkenaan. – BERNAMA
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now