Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
KUALA LUMPUR 2 Feb. – Alliance Bank Malaysia Bhd. (Alliance Bank) mengumumkan pelantikan Tan Sri Ahmad Mohd. Don sebagai Pengerusi dan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif berkuatkuasa 1 Februari 2017.
Menurut Alliance Bank, Ahmad yang memiliki pengalaman luas dalam bidang perbankan dan kewangan juga pernah menjawat beberapa jawatan dalam Pernas Securities Sdn. Bhd., Pemodalan Nasional Bhd. (PNB) dan Malayan Banking Bhd. (Maybank).
“Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Gabenor Bank Negara dari Mei 1994 hingga Ogos 1998,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau kini memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Zurich Takaful Bhd; Zurich Insurance Malaysia Bhd; Hap Seng Plantations Holdings Bhd. serta Sunway REIT Management Sdn. Bhd.
Sementara itu Maybank turut mengumumkan pelantikan Datin Paduka Jamiah Abdul Hamid sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dalam lembaga pengarah kumpulan perbankan berkenaan.
Jamiah, 61, yang memiliki lebih 30 tahun pengalaman dalam dunia korporat juga merupakan pengarah wanita ketiga dalam lembaga pengarah Maybank.
Lembaga pengarah Maybank kini mempunyai tiga ahli pengarah wanita yang membentuk 25 peratus daripada komposisi lembaga pengarah kumpulan perbankan tersebut.
“Beliau yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Kewangan) dari Universiti Northern Illinois. Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah memegang pelbagai jawatan kanan sepanjang kerjayanya termasuk Timbalan Presiden, Pembangunan Korporat dan Modal Insan, Permodalan Nasional Berhad (PNB).
“Selain itu, Jamiah yang kini memegang jawatan Pengerusi Kumpulan Syarikat Prolintas juga berkhidmat dengan beberapa lembaga pengarah syarikat milik kerajaan (GLC) dan pelaburan PNB seperti Malaysia Mining Corporation Berhad, UMW Holdings Berhad dan Chemical Company of Malaysia Berhad,” jelas kenyataan daripada Maybank di sini kelmarin.
Dalam pada itu, Pengerusi Maybank, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd. Nor menyifatkan pelantikan Jamiah yang memiliki pengalaman dan kepimpinan yang luas melengkapi kekuatan lembaga pengarah syarikat berkenaan.
Beliau berkata, pandangan segar dan kepakaran Jamiah ditagih untuk terus memberikan nilai terbaik kepada pihak berkepentingan Maybank.
– See more at: http://www.utusan.com.my/…/alliance-bank-lantik-pengerusi-b…
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now