Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
KUALA LUMPUR 17 Okt. – Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom) mencadangkan kerajaan mewujudkan semula skim Komputer Peribadi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober ini.
Selain itu, pembelian produk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti komputer riba dan telefon pintar dikecualikan cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta memberi pelepasan cukai tahunan sebanyak RM3,000.
Pengerusi Pikom, Chin Chee Seong berkata, langkah tersebut menjadikan harga produk-produk ICT lebih murah dan mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia.
“Harga perkhidmatan jalur lebar juga perlu dikurangkan agar kos menggunakan internet di Malaysia setanding dengan negara lain.
“Apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya di mana kelajuan internet semakin bertambah, namun harganya masih tidak turun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu, Chin Chee Seong berharap kerajaan akan menghapuskan cukai pegangan terhadap penggunaan perisian.
Jelas beliau, ini kerana Akta Kewangan 2017 menyatakan bahawa perisian dianggap sebagai royalti dan perlu dikenakan cukai pegangan yang membebankan pengguna dan memberi impak negatif terhadap industri perisian tempatan.
“Pikom mencadangkan agar perisian tidak diambil kira sebagai royalti terhadap hak untuk mengguna dan juga melalui penggunaan biasa. Selain itu, kami merasakan cukai tidak wajar dikenakan terhadap sebarang perisian,” katanya.
Sementara itu, Chee Seong mencadangkan tenaga kerja dalam industri digital terus diperkasa dengan memberi penekanan kepada para pelajar aliran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) agar relevan dengan revolusi perindustrian keempat (Industri 4.0).
“Kerajaan juga perlu menjadi peneraju dalam mengadaptasi teknologi seperti menggunakan storan awal skala besar, kecerdasan buatan, internet segala-galanya (IoT) dan rantaian blok bagi meningkatkan mutu perkhidmatan awam,” ujarnya.
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now