Message: Return type of CI_Session_files_driver::open($save_path, $name) should either be compatible with SessionHandlerInterface::open(string $path, string $name): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::close() should either be compatible with SessionHandlerInterface::close(): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::read($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::read(string $id): string|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::write($session_id, $session_data) should either be compatible with SessionHandlerInterface::write(string $id, string $data): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::destroy($session_id) should either be compatible with SessionHandlerInterface::destroy(string $id): bool, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Message: Return type of CI_Session_files_driver::gc($maxlifetime) should either be compatible with SessionHandlerInterface::gc(int $max_lifetime): int|false, or the #[\ReturnTypeWillChange] attribute should be used to temporarily suppress the notice
Vouk Hotel Pulau Pinang, 13 Ogos 2022 : NUBE NR - PKP telah menganjurkan Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) sehari khusus buat ahli NUBE (IRCs) di sekitar Pulau Pinang.
Objektif utama seminar ini adalah mewujudkan kesedaran dan kepentingan OSH di tempat kerja. Antara topik yang dikupas sepanjang seminar adalah keperluan berkanun di tempat kerja di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Selain pelbagai seksyen, peraturan dan jadual yang terkandung dalam akta tersebut, para peserta juga berpeluang mempelajari cara penggunaan prinsip-prinsip Pengenalpastian Bahaya, Penilaian Risiko serta Kawalan Risiko (HIRARC).
Seramai 28 peserta telah mengambil bahagian dalam seminar tersebut memberikan maklum balas yang sangat positif memandangkan ia merupakan satu pengalaman pembelajaran baharu dan bermanfaat.
Seminar ini telah dikendalikan oleh Sdr Michael Tan Eng Hong (Presiden NUBE Malaysia, merangkap Setiausaha NUBE SMJ) selaku Tenaga Pengajar Kebangsaan, manakala Setiausaha Kehormat NUBE NR-PKP Sdr. Chee Yeeh Cheu telah membuat ucapan alu aluan.
Dua sesi permainan solidariti berkumpulan yang dirangka Ahli Jawatankuasa Biro Pendidikan Sdri Siti Haryati dan Sdr Rizal telah mendapat penglibatan semua peserta dengan aktif sekali.
Ucapan penutupan seminar telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden NUBE merangkap Pengerusi NUBE NR-PKP iaitu Bro Abdul Jamil Haji Jalaludeen. Beliau menyentuh bertapa pentingnya ilmu OSH ini yang kita boleh terapkan di mana sahaja terutamanya di tempat kerja. Secara kesimpulannya adalah menjadi tanggungjawab semua pihak dalam usaha memastikan kemalangan semasa bekerja dapat dikurangkan dengan persekitaran tempat kerja yang selamat dan sihat diwujudkan. Sijil penyertaan turut disampaikan kepada para peserta sebelum bersurai.
Sdr Abdul Jamil juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Tenaga Pengajar Kebangsaan Sdr Michael Tan Eng Hong serta pasukan Biro Pendidikan Sdri. Siti Haryati Kamal dan Sdr Mohamad Rizal Othman bagi memastikan seminar berjalan dengan lancar dan berjaya.
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now